Now Reading
150,000 Ujian Covid-19 Sehari Merupakan Angka Ideal Bagi Malaysia – Dr Noor Hisham

150,000 Ujian Covid-19 Sehari Merupakan Angka Ideal Bagi Malaysia – Dr Noor Hisham

Malaysia pada masa ini sedang menjalani ujian pada kadar 80,000 setiap hari dan jumlah tersebut perlu ditingkatkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


150,000 ujian Covid-19 sehari adalah angka yang sesuai untuk Malaysia, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham.

Dia menyatakan kepada The Star bahawa Malaysia pada masa ini sedang menjalani ujian pada kadar 80,000 setiap hari dan jumlah tersebut perlu ditingkatkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan bahawa untuk setiap kes perlu dilakukan 10 hingga 30 ujian. Kami berharap jumlah ujian Covid-19 yang dilakukan oleh makmal awam dan swasta dapat ditingkatkan untuk memenuhi penanda aras 30 ujian bagi setiap ujian kes positif. Ianya adalah terbaik. Minimum adalah 50,000 ujian, minnya adalah 100,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melalui The Star.

Dilaporkan bahawa dalam epidemiologi minggu ke-24, sebanyak 561,156 ujian Covid-19 telah dilakukan antara 13 hingga 19 Jun – rata-ratanya adalah sekitar 80,165 ujian sehari.

Kadar positif di Malaysia setakat ini berada pada tahap 6.93%, lebih tinggi daripada yang disyorkan WHO dalam lingkungan 5% dengan Negeri Sembilan, Selangor dan Labuan mencatatkan kadar positif 10% lebih tinggi dalam tempoh tersebut.

Makmal swasta diperlukan untuk meningkatkan ujian

Beliau juga menyebutkan bahawa untuk menguji lebih ramai individu, makmal swasta perlu menyumbang dan menyatakan bahawa ujian yang menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) adalah rendah dan harus ‘ditingkatkan’.

Kami telah menasihati semua negeri, majikan dan organisasi bukan kerajaan untuk membantu meningkatkan tahap ujian. Mereka boleh melibatkan diri dengan 31 makmal swasta dan 13 makmal universiti untuk melakukannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melalui The Star.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd