Now Reading
1,000KG Durian Bertaburan Di Jalan Raya Akibat Kemalangan

1,000KG Durian Bertaburan Di Jalan Raya Akibat Kemalangan

Hari yang menyedihkan buat penggemar durian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor telah terbalik dalam nahas di Kilometer (KM) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban.

Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman

Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut.

Mungkin nanti adalah durian murah-murah yang bakal dijual.
(Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis V2/Facebook)

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah Peraturan 10 LN 166/59”.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd