Now Reading
Shopee & PDRM Kini Bekerjasama Banteras Sindiket Penipuan Pekerjaan Online

Shopee & PDRM Kini Bekerjasama Banteras Sindiket Penipuan Pekerjaan Online

Shopee akan terus bekerjasama dengan PDRM dalam menangani sindiket-sindiket penipuan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Shopee telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai sindiket penipuan yang sedang berlaku di mana terdapat pihak yang menyamar sebagai pekerja Shopee untuk menawarkan peluang pekerjaan di Shopee melalui platform pesanan seperti WhatsApp.

Shopee ingin menyatakan secara rasmi bahawa Shopee tidak pernah mengupah mana-mana pihak untuk mengambil pekerja baharu melalui platform pesanan. Shopee juga mengesahkan bahawa jawatan “Ejen Pembelian Atas Talian” tidak wujud di organisasi ini.

Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap sindiket penipuan ini, dan tidak menjadi mangsa kepada tawaran pekerjaan palsu ini.

Sekiranya sesiapa ditawarkan peluang pekerjaan yang mencurigakan, atau telah menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan seperti ini, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan polis dengan segera.

Sebagai alternatif, rakyat boleh menghubungi PDRM menerusi:

  1. SEMAKMULE, platform PDRM untuk memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial: https://semakmule.rmp.gov.my/     
  2. Infoline CCID (8 pagi hingga 12 tengah malam), saluran WhatsApp PDRM untuk memeriksa status laporan polis dan menghantar maklumat mengenai kes jenayah komersial: 013-211 1222
  3. CCID Scam Response Centre (8 pagi hingga 8 malam) – talian maklumat PDRM untuk menghantar maklumat atau bertanya mengenai sindiket penipuan atas talian: 03-26101559 / 03-26101599

Shopee akan terus bekerjasama dengan PDRM dalam menangani sindiket-sindiket penipuan ini.

Bagi mereka yang berminat untuk meneroka kerjaya di Shopee, sila layari https://careers.shopee.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Selain itu, jika anda berasa ragu-ragu mengenai pekerjaan yang diiklankan atau ditawarkan, sila hubungi hr.my@shopee.com untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd