Now Reading
[VIDEO] Rider foodpanda Serang Pemandu Lori Di Setia Alam Jadi Buruan Pihak Polis

[VIDEO] Rider foodpanda Serang Pemandu Lori Di Setia Alam Jadi Buruan Pihak Polis

Usaha untuk mengesan suspek lain sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (21 Jun), telah tular satu klip video di mana seorang pemandu lori dikatakan telah dibelasah sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan, foodpanda. Kejadian berlaku di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam.

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata kemalangan pada 5.30 petang itu membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah lori.

Lihat video penuh klip kemalangan tersebut di bawah:

Penunggang motosikal tersebut mengalami patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Siasatan mendapati pergaduhan terjadi antara sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit. Kecederaan dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengah hari ini (22 Jun) untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

PDRM juga telah menahan dua penghantar makanan berumur 20 tahun dan 25 tahun di sekitar Shah Alam bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

Usaha untuk mengesan suspek lain juga sedang giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran undang-undang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × 3 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd