Now Reading
Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Ini Raih Lebih 19K Shares Di Facebook. Sedapnya!

Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Ini Raih Lebih 19K Shares Di Facebook. Sedapnya!

Boleh cuba buat Kerabu Maggi Ala Thai ini untuk hidangan seisi keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memang tak dinafikan, rata-rata orang memang sukakan masakan Thai. Sebab itulah kalau pergi bercuti ke Thailand (sebelum covid), mesti akan ada itinerari untuk ‘food hunting’.

Mana tidaknya, pelbagai jenis makanan ada di sana. Murah dan sedap pula tu.

Sebab itulah ramai yang mengatakan bahawa Thailand sebenarnya syurga makanan.

Tak boleh travel, masak sendiri je lah

Tapi kalau korang semua rindukan masakan Thai, sebenarnya boleh mula belajar untuk masak sendiri di rumah. Banyak resepi-resepi menarik yang telah dikongsikan di media sosial termasuk Resepi Kerabu Maggi ala Thailand ini.

Perkongsian resepi tersebut telah dikongsikan oleh Cik Wan Kitchen dan diterbitkan semula oleh Halal Foodie di Facebook.

Jom try! 😉

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 bungkus Maggi Thai/Siam
  • 1 biji buah tomato (hiris)
  • 1/2 labu bawang besar – guna bawang besar holland
  • Sejengkal batang celery
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan (jika suka)
  • 1 sudu air asam limau (jika suka)
  • 2 paket rempah maggi siam – (yang ada dalam paket maggi tu, 1 lagi tak dipakai)
  • Bahan lauk: sotong, udang, fish cake, crab stick, fish ball

Cara-caranya:

  • Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera
  • Masukkan 1 paket rempah mee segera
  • Tunggu hingga menggelegak
  • Masukkan seafood
  • Seafood dahulu diikuti dengan fish cake (sebentar sahaja, rebus secara berasingan)
  • Keluarkan seafood
  • Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera
  • Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Senang je kan? Bolehlah cuba-cuba kalau rindu masakan ala Thai!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd