Now Reading
Ini Checklist Serta Prosedur Nikah PKP Buat Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

Ini Checklist Serta Prosedur Nikah PKP Buat Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

Bila dah ada checklist barulah senang untuk merancang persiapan dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi pada waktu PKP.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Islam, perkahwinan bertujuan untuk memelihara keturunan.

Ianya merupakan satu perjanjian yang mengandungi syarat dan rukun tertentu, dan menghalalkan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang kedua-duanya bukan mahram.

Kredit: The Wedding Photography FLAVA PICTURES

Namun, susulan negara Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ‘Total Lockdown’ yang berkuat kuasa pada 1 Jun sehingga 28 Jun nanti, hanya akan ada beberapa sektor perniagaan dan aktiviti sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Malah, aktiviti keagamaan seperti upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di Pejabat / Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri sahaja.

BACA SINI: [DIKEMASKINI] SOP PKP ‘Total Lockdown’ Oleh MKN Berkuat Kuasa 15 Jun 2021

Oleh itu, anda boleh semak di bawah untuk prosedur dan checklist nikah PKP bagi pengantin lelaki dan perempuan. Maklumlah, bila dah ada checklist barulah senang untuk merancang persiapan dengan lebih mudah.

Lebih-lebih lagi pada waktu PKP ni.


1. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan

Umum sedia maklum bahawa bakal pengantin perlu memiliki sijil kursus kahwin terlebih dahulu. Jika masih belum ada, anda dan bakal pasangan boleh menghadiri kursus kahwin yang kini dijalankan secara ‘online’.

Bagi pasangan yang berasal dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Selangor anda boleh layari laman sesawang ini untuk mendaftar kursus kahwin.

Bagi negeri-negeri lain pula, boleh rujuk di laman web Jabatan Agama negeri masing-masing-masing.

  • Sarawak: Khidmat Islam Sarawak (KISWA)
  • Kelantan: Permohonan Kursus Kahwin boleh dibuat di mana-mana Pejabat Agama Jajahan & UTC berdekatan. Sebelum itu, muat turun borang di link ini
  • Terengganu: e-munakahat
  • Pahang: Prakahwin Pahang
  • Johor: e-dakwah
  • Sabah: Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), urusan kursus pra-perkahwinan ditangguh sewaktu tempoh PKP
  • Pulau Pinang: Menurut laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kursus praperkahwinan akan digantikan dengan temuduga khas bagi bakal pengantin yang berasal dari negeri ini sepanjang tempoh PKP. Boleh dapatkan maklumat lanjut di link ini.

2. Dokumen-dokumen yang perlu disediakan dengan lengkap bagi mendaftar pernikahan

  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan dua orang saksi lelaki (saksi borang)
  • Sijil kursus pra-perkahwinan dan salinan
  • Pengesahan pemeriksaan kesihatan (HIV)
  • Surat pengesahan status pemohon dari majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
  • Pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
  • Salinan kad pengenalan wali (bagi perempuan)
  • Sijil nikah ibu bapa dan salinan (bagi perempuan)
  • Sijil kematian bapa (jika wali selain bapa)
  • Sijil cerai/kematian & sijil nikah serta salinan (sekiranya anda duda/janda)
  • Surat akuan memeluk Islam (bagi mualaf)
  • Akuan bersumpah belum berkahwin / perintah pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (bagi mualaf)
  • Kebenaran mahkamah (sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda berhias/bawah umur)
  • Kebenaran Khas Majikan (bagi anggota polis/tentera)
  • Kebenaran Khas Istana (jika berkahwin dengan kerabat Diraja)

Dokumen tambahan mungkin diperlukan jika anda berkahwin di negeri bukan negeri kelahiran, warga asing, atau pemastautin tetap.

Boleh rujuk di Pejabat Agama Negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

3. Borang ujian saringan HIV

Bakal pengantin perlu mengisi borang di bawah terlebih dahulu dan lakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan yang berdekatan. 

Ujian ini perlu dilakukan 6 bulan sebelum hari pernikahan. Boleh klik sini.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Namun begitu, perlu diingatkan juga bahawa setiap negeri mempunyai sedikit perbezaan proses dan prosedur permohonan kebenaran nikah.

Untuk ujian HIV, setiap klinik KKM juga mempunyai sedikit perbezaan proses atau peraturan dari segi tarikh, masa serta dokumen yang diperlukan sewaktu ujian HIV. Mohon anda dapat hubungi dan semak terlebih dahulu sebelum ke sana untuk membuat ujian HIV.

Apa-apa pun, semak kembali SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN di bawah aktiviti keagamaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd