Now Reading
“Ada Yang Hilang Ingatan” – Doktor Ini Perjelas Apa Maksud ‘Long Covid’

“Ada Yang Hilang Ingatan” – Doktor Ini Perjelas Apa Maksud ‘Long Covid’

Pendek kata, pesakit Covid-19 yang sudah sembuh namun masih akan menanggung komplikasi Covid-19 yang berpanjangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sehingga semalam, Khamis (17 Jun), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di mana sebanyak 7% pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah dari kategori 4 dan 5.

Namun, angka ini telah meningkat ke 35% pada awal Mei 2021.

BACA JUGA: Ramai Pesakit Covid-19 Kini Berada Dalam Kategori 4 & 5 – Menteri Kesihatan

Antara faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan peratusan pesakit dari kategori 4 dan 5 adalah:

  • Jangkitan virus VOC (Variant of Concern) yang lebih agresif
  • Masih belum ada rawatan khusus bagi Covid-19 dan respon pesakit terhadap rawatan sokongan sedia ada semakin kurang berbanding pada awal pandemik.
  • Keadaan ‘happy hypoxia’ di kalangan pesakit muda dan sihat yang mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah kekurangan oksigen sehingga keadaan kesihatan mereka telah serius dan terjejas teruk telah menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan awal.

Susulan peningkatan pesakit Covid-19 khususnya kategori 4 dan 5, KKM juga telah mengambil inisiatif proaktif kesiapsiagaan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Baru-baru ini, seorang Doktor di laman Twitter iaitu Dr Samhan telah berkongsi satu lagi ilmu tentang virus Covid-19 yang dipanggil ‘Long Covid’

Perkongsian melalui rangkaian tweets tersebut telah dimuat naik pada 14 Jun dan kini berjaya meraih hampir 6 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Menurutnya, apa yang dibimbangkan adalah kategori 2, 3, 4, dan 5. Bila dah masuk ketegori Ini, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang dipanggil LONG COVID!

Kenapa dipanggil Long Covid?

Pendek kata, pesakit Covid-19 yang sudah sembuh namun masih akan menanggung komplikasi Covid-19 yang berpanjangan.

Contohnya seperti, batuk tak hilang-hilang, hidung tersumbat, lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput, buah pinggang rosak sampai kena dialisis, sakit-sakit tubuh tak hilang, sakit perut berpanjangan, selalu sakit dada, dan sakit kepala yang teramat.

Pentingnya vaksin

Kredit: Envato

Bukan setakat itu sahaja, paling parah apabila ada yang sampai hilang ingatan, dan ada juga yang mandul. Memang menakutkan!

Itulah realitinya. Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau! Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5. Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.

Dr Samhan melalui Twitter.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd