Now Reading
Kami Cuba Rangkaian Aromaterapi Roll-On Terbaru Dari Tanamera

Kami Cuba Rangkaian Aromaterapi Roll-On Terbaru Dari Tanamera

Rangkaian Roll-On Tanamera ini merupakan rangkaian campuran minyak pati yang ditambah minyak tumbuhan perahan sejuk jadi ia boleh terus dioleskan ke kulit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tanamera baru sahaja melancarkan rangkaian Aromaterapi Roll On buat julung kalinya bermula pada 16 Jun 2021 dengan Tawaran Pelancaran Istimewa Roll On Tanamera.

Rangkaian Roll-On Tanamera ini merupakan rangkaian campuran minyak pati yang ditambah minyak tumbuhan perahan sejuk jadi ianya boleh terus dioleskan ke kulit.

Tapi sebelum bercerita lebih lanjut tentang produk dan kelebihannya, team TRP telah dihantar produk ini untuk dicuba sendiri di rumah.

Jom kita review sikit! 😀

Kredit: Tanamera

Rangkaian Aromaterapi Roll-On terbaru dari Tanamera ini didatangi di dalam pakej kecil comel ini. Dalam tu ada Tanamera “Sleep” Roll-On & “Sniffles” Roll-On.

Bau kedua-dua produk ini memang wangi. Tak tipu.

Dan bestnya, mudah dibawa sebab kecil molek je. Boleh masukkan dalam handbag korang. Kalau nak travel, memang tak menjadi masalah.

Tanamera “Sleep” Roll-On

Kredit: Tanamera

Sejujurnya, hari pertama admin cuba pakai “Sleep” Roll-On ni, tidur bertambah nyenyak. Bayangkan, lepas je calit di ubun-ubun kepala, di antara kening, belakang telinga, dan tengkuk – bila nak masuk tidur, terasa lebih senang untuk lena sebab biasanya akan berpusing-pusing 360 darjah dulu baru lena. Mungkin sebab bau aromaterapi yang membantu.

Tapi korang boleh juga oleskan ke tapak tangan, gosok tapak tangan, tekapkan ke hidung dan tarik nafas sedalam-dalamnya.

Antara bahan-bahan semulajadi yang ada dalam “Sleep” Roll-On ni adalah:

  • Lavender: Membantu mengurangkan rasa kerisauan, memulihkan pola tidur yang sihat dan membantu tidur lebih lena.
  • Kayu Pokok Cedar: Mempunyai haruman yang mencipta suasana nyaman, tenteram dan menenangkan, sesuai bagi rutin merehatkan badan di waktu malam
  • Frankincense: Membantu minda berehat dan lebih tenteram.
  • Minyak Marjoram: Mampu meredakan emosi jika merasa tertekan, dan membantu anda berfikiran lebih tenang dan berehat dengan lebih senang.
  • Minyak Pati Neroli Dari Bunga Oren Sevila: Minyak pati berkepekatan rendah yang membantu melancarkan kitaran pernafasan serta meredakan insomnia dan perasaan negatif.

Tanamera “Sniffles” Roll-On

Kredit: Tanamera

Admin jenis yang tak ada masalah sinus tapi kadang-kadang kalau hidung terkena habuk atau ada bau-bau yang kurang menyenangkan, hidung akan senang gatal dan merah.

Bila cuba je “Sniffles” Roll-On ni, dalam masa tak sampai satu jam, hilang terus rasa gatal dekat bahagian hidung. Boleh cuba oleskan pada dada, dahi, ubun-ubun, pergelangan tangan, tapak tangan, tapak kaki, dan titik-titik tekanan yang lain. Lepas tu, hidu aromanya secara mendalam.

Memang menjadi dan akan melegakan rasa gatal hidung dan sewaktu dengannya.

Antara bahan-bahan semulajadi yang ada dalam “Sleep” Roll-On ni adalah:

  • Peppermint: Mempunyai kelebihan mendinginkan, jadi ia membantu membuka saluran pernafasan, meredakan sinus, meredakan keradangan dan melawan bakteria.
  • Pudina Hutan: Mampu mengurangkan keradangan kerana ia anti-mikrob, anti-keradangan dan bersifat melegakan. Ia paling sesuai untuk jangkitan respirasi bersifat panas, keradangan dan nafas tersekat-sekat.
  • Minyak Kamfor: Digunakan untuk meredakan saluran respirasi. Ia telah digunakan selama berzaman dalam merawat masalah respirasi seperti hidung sumbat, kahak berlebihan, batuk dan selsema.
  • Wintergreen: Herba yang berkesan dalam meredakan hidung sumbat dan sesak nafas. Hasilnya dapat dirasai dengan segera dan paling berkesan meredakan paru-paru dan sinus sebelum waktu tidur, iaitu waktu lazim saluran boleh mula tersumbat.
  • Pine Essential Oil: Merawat keradangan atau mukus berlebihan disebabkan oleh sinusitis.
  • Oregano Essential Oil: Mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa minyak oregano digunakan secara tradisional untuk merawat demam serta penyakit respiratori, yang kedua-duanya biasanya dikaitkan dengan selsema.

Kalau korang berminat nak cuba sendiri dan rasai sendiri keberkesanan produk Tanamera “Sleep” Roll-On dan Tanamera “Sniffles” Roll-On ni, boleh klik di sini.

Tak cuba, tak tahu kan? 😉 #DoneReview


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd