Now Reading
[TERKINI] 4 Fasa Telah Dirancang Untuk Negara Pulih Dari Covid-19 – PM

[TERKINI] 4 Fasa Telah Dirancang Untuk Negara Pulih Dari Covid-19 – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkongsi perincian Pelan Pemulihan Nasional.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (15 Jun) mengumumkan Pelan Pemulihan Nasional untuk Malaysia pulih dari pandemik Covid-19.

Pelan Pemulihan Negara

Pelan ini akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada tiga faktor iaitu:

  • Jumlah jangkitan harian.
  • Status sistem kesihatan.
  • Peratusan individu yang diberi imunisasi sepenuhnya

Fasa Pertama – Jun

Malaysia kini berada dalam fasa pertama iaitu ‘total lockdown’. Ini kerana kadar jangkitan adalah masih tinggi, sistem kesihatan beroperasi pada kapasiti maksimum, dan peratusan populasi yang telah divaksinasi masih rendah.

Fasa Kedua – Julai & Ogos

Fasa 2 akan dilaksanakan setelah:

  • Kes di bawah 4,000 sehari.
  • Katil ICU pada paras sederhana.
  • 10% populasi telah divaksinasi.

Pada fasa ini, lebih banyak aktiviti ekonomi akan ditambahkan ke senarai positif dan ianya akan hanya dapat beroperasi pada kapasiti 80%.

Sektor sosial masih dilarang dan perjalanan antara negeri tidak dibenarkan.

Fasa Ketiga – September dan Oktober

Pada fasa ini, aktiviti sosial akan dibuka secara berperingkat dan senarai negatif akan dilaksanakan.

Parlimen dapat bersidang semula apabila Fasa 3 dicapai.

Fasa 3 akan dilaksanakan setelah:

  • Kes di bawah 2,000 sehari.
  • Katil ICU pada paras mencukupi.
  • 40% penduduk telah divaksinasi.

Fasa Keempat – November dan Disember

Semua aktiviti di sektor sosial dan ekonomi akan dibuka sepenuhnya. Ini juga merupakan fasa di mana pelancongan domestik dan perjalanan antarabangsa akan dibenarkan.

Fasa 4 akan dilaksanakan setelah:

  • Kes di bawah 500 sehari.
  • Katil ICU pada paras mencukupi.
  • 60% penduduk telah divaksinasi.

Muhyiddin mengatakan bahawa Rancangan Pemulihan Nasional ini direka dinamik. Maksudnya, semakin cepat kita mencapai objektif, semakin cepat kita akan melepasi fasa-fasa tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 − 13 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd