Now Reading
Team TRP Cuba Menu Baru Santan Untuk Lunch. Sedap & Berapi!

Team TRP Cuba Menu Baru Santan Untuk Lunch. Sedap & Berapi!

Nikmati Hot Chic Bites with Spicy Sambal dan cabarlah deria rasa anda hari ini. Fuh, PEDAS YE!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia dan masakan pedas, memang tak dapat dipisahkan.

Kali ini, team TRP diberi peluang untuk merasa sendiri ‘kehangatan’ menu terbaru keluaran Santan iaitu Hot Chic Bites with Spicy Sambal.

Kadang-kadang, bila sesuatu menu tu tulis ‘spicy’, sebenarnya bila makan tak sepedas yang disangka. Masih boleh makan sampai habis tanpa minum air langsung.

Tapi, menu Hot Chic Bites with Spicy Sambal ini lain macam ye pedasnya.

Disajikan dengan popcorn ayam rangup pedas

Hot Chic Bites with Spicy Sambal ini didatangi bersama popcorn ayam rangup pedas dengan paprika dan serbuk lada cayenne, bersama sambal ala Indonesia atau lebih dikenali sebagai sambal gesek.

Diperbuat dengan campuran lima jenis cili untuk kepedasan dan keenakan yang maksimum, sambal gesek Santan ini lebih pedas, lebih berapi. Hot Chic Bites with Spicy Sambal juga boleh dinikmati sebagai snek atau dihidangkan dengan nasi.

Chuuup! Lima jenis cili?! Patutlah pedas teramat. Boleh mencabar deria rasa diri sendiri.

Kredit: Santan Asean

Sejujurnya, mula-mula makan memang tak terasa. Tapi bila dah sampai kepedasan tu, lidah dan bibir korang akan mula rasa macam tengah berapi. Pedas sungguh, tak tipu.

Tapi kalau nak kurangkan sikit rasa pedas, boleh makan telur dadar yang disediakan tu, sekurang-kurangnya membantu jugalah. Dan, popcorn ayam yang rangup tu pun sebenarnya membuatkan hidangan Hot Chic Bites with Spicy Sambal ini bertambah perfect.

Beware, kalau tak boleh makan pedas, jangan order ye. Nanti memulas perut, admin tak tanggung. 😀

Tahap kepedasan Hot Chic Bites with Spicy Sambal?

Pada skala 1 hingga 10 (1 kurang pedas dan 10 paling pedas), kami memberikan anggaran 8 daripada 10. Kalau tak percaya, cubalah sendiri dan beritahu kami tahap kepedasannya!

Tapi untuk pencinta makanan pedas, mungkin tak terasa sangat kot.

P/S: Admin lupa nak buka penutup sambal, sorry.
Kredit: Murni Azman/TRP

Untuk pengetahuan korang, Santan akan melancarkan Hot Chic Bites with Spicy Sambal pada 14 Jun 2021 dan hidangan terhad ini akan dijual sehingga 14 Julai 2021 sahaja.

Korang boleh dapatkan Hot Chic Bites with Spicy Sambal ini di semua 12 cawangan restoran Santan di bawah untuk pesanan bawa pulang:

  • Mid Valley
  • Sunway Pyramid
  • Nu Sentral
  • MK 163
  • KL Sogo
  • Kl East Mall
  • Wangsa Walk
  • Aeon Shah Alam
  • PKNS
  • Setia City Mall
  • IOI Puchong

Manakala untuk penghantaran ke rumah, pesanan boleh dibuat dengan airasia food.

RM10.90 harga Santan Value Set!

Kredit: Santan Asean

Hot Chic Bites with Spicy Sambal ini bakal dijual pada harga RM10.90 sahaja untuk kombo Santan Value Set bermula jam 12PM – 3PM dan 5PM-7:30PM setiap hari. Manakala, harga biasa pula adalah RM13.65.

Berbaloi kan? Selamat mencuba! 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd