Now Reading
Ramai Pesakit Covid-19 Kini Berada Dalam Kategori 4 & 5 – Menteri Kesihatan

Ramai Pesakit Covid-19 Kini Berada Dalam Kategori 4 & 5 – Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan turut menjangkakan bahawa jumlah ini akan meningkat lebih tinggi pada bulan Jun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdapat trend peningkatan pesakit Covid-19 yang berada dalam kategori 4 dan 5 selepas 30,287 kes telah direkodkan pada bulan Mei berbanding 6,751 pada bulan April, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Angka ini dijangka akan meningkat lebih tinggi pada bulan ini kerana 22,857 kes yang diklasifikasikan dalam dua kategori ini telah direkodkan sehingga semalam.

Dilaporkan bahawa pesakit dalam kategori 4 adalah mereka yang memerlukan oksigen tambahan, manakala pesakit kategori 5 dianggap kritikal dan perlu bantuan alat pernafasan.

Kredit: MOH

Dr Adham juga menyentuh bahawa penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat pesakit Covid-19 dikatakan telah mencapai 97%.

Pada masa kini, 1,767 katil ICU di seluruh negara – termasuk hospital kerajaan dan tentera – telah digunakan, dengan 1,161 pesakit menjalani rawatan, and 452 pesakit mendapat bantuan alat pernafasan.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memberi amaran bahawa kekurangan katil ICU mungkin bermaksud bahawa doktor harus membuat keputusan yang sukar dengan mengutamakan bantuan bagi mereka yang mempunyai peluang pemulihan yang lebih tinggi.

Dia turut menambah bahawa walaupun keputusan ini sememangnya tidak diingini oleh pekerja kesihatan, mereka harus membuat pilihan yang sukar itu jika sistem kesihatan mencapai kemampuan maksimum.

BACA SINI: Kapasiti ICU Untuk Pesakit Covid-19 Di Seluruh Negara Mencapai Tahap Kritikal


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd