Now Reading
Selangor Tawar Internet Murah Tanpa Had Untuk B40, M40

Selangor Tawar Internet Murah Tanpa Had Untuk B40, M40

Kerajaan negeri melancarkan program Data Internet Selangor membabitkan penawaran bersubsidi kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had kepada golongan sasaran.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik untuk mereka yang menetap di Selangor di mana kerajaan negeri menawarkan kemudahan internet tanpa had kepada golongan B40 dan M40 yang kini berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya menyedari akses kepada internet adalah nadi kelangsungan perniagaan dan pembelajaran golongan berkenaan.

Oleh itu, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, kerajaan negeri melancarkan program Data Internet Selangor membabitkan penawaran bersubsidi kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had kepada golongan sasaran khasnya dari golongan B40 dalam masa terdekat.

Seramai 70,000 individu disasarkan termasuk mereka yang terdiri daripada penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi gig.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain itu, program ini dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta akan menawarkan produk kad SIM data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan yang akan diberi subsidi RM20 sebulan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) untuk tempoh 12 bulan. Maksudnya, setiap penerima hanya perlu membayar RM15 dan selebihnya RM20 akan dibayar oleh MBI.

Bagi M40, MBI tawar Skim Internet Selangor (SISM40)

Inisiatif yang adalah kali pertama dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia (TM) ini memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.

Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor Melalui inisiatif ini di mana terdapat lapan pakej diperkenalkan melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Melalui langganan pakej itu, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

SISM40 akan dibuka kepada rakyat di negeri Selangor bermula 1 Julai depan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 + seven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd