Now Reading
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dibuka Bermula Hari Ini, 10 Jun 2021

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dibuka Bermula Hari Ini, 10 Jun 2021

Peminjam diingatkan untuk mengemaskini maklumat yang tepat dan terkini bagi memastikan keputusan berkenaan kelulusan permohonan penangguhan sampai kepada mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, hari ini telah mengeluarkan kenyataan di mana setiap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19, boleh memohon penangguhan bayaran balik pinjaman.

Penangguhan bayaran balik itu boleh dilakukan selama tiga bulan bermula hari ini, 10 Jun sehingga 31 Ogos 2021 dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian di link ini.

Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan tersebut.

Kredit: The Star

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan itu akan bermula pada bulan permohonan diluluskan, dan dua bulan lagi di antara Jun sehingga Oktober.

Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan. Peminjam diingatkan untuk mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan keputusan berkenaan kelulusan permohonan penangguhan sampai kepada mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengatakan bahawa PTPTN menyambut baik inisiatif itu dan komited memastikan ia dilaksanakan dengan baik bagi memastikan peminjam mendapat manfaat.

Keputusan ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kesukaran yang ditanggung oleh peminjam PTPTN. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik dan meringankan beban akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Walau bagaimanapun, peminjam yang tidak terkesan pula katanya, boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan.

Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd