Now Reading
Lelaki Warga Emas Bertarung Nyawa 3 Hari Lepas Cuba Selamatkan Isteri Dari Kebakaran

Lelaki Warga Emas Bertarung Nyawa 3 Hari Lepas Cuba Selamatkan Isteri Dari Kebakaran

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Ab Rashid berkata sebaik tiba, rumah kayu yang didiami mangsa sudah terbakar hampir 80 peratus sebelum kerja-kerja pemadaman segera dijalankan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 7 Jun lalu, satu tragedi menyayat hati berlaku pada jam 10:35 pagi di mana seorang lelaki warga emas dikatakan cuba telah untuk menyelamatkan isteri dalam satu kebakaran.

Kejadian tersebut telah membabitkan tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.

Lelaki warga emas dikenali sebagai Jusoh Muda, 82, yang pada ketika itu sedang berada di luar rumah telah melecur di kaki dan belakang badan dipercayai cuba menyelamatkan isterinya, Fatimah Mohd, 79, yang mengalami masalah pinggang dan bergerak dengan bantuan kerusi roda dikatakan telah terperangkap pada waktu itu.

Namun, si isteri tidak dapat diselamatkan dan telah terkorban dalam kejadian tersebut.

Kredit: News Straits Times

Si suami meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Namun begitu, menurut laporan Harian Metro, mangsa yang melecur pada bahagian kaki dan belakang badan dalam kebakaran mengorbankan nyawa isterinya pada Isnin lalu telah disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, 6.31 pagi ini.

Kredit: New Straits Times

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di HSNZ.

Ini kerana mangsa melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian kaki dan badan.

Anak mangsa, Zakaria, 56, kata jenazah bapanya dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zohor.

Jenazah ayah masih berada di hospital dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibu iaitu di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama Chabang Tiga di sini.

Anak mangsa, Zakaria, melalui Harian Metro.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd