Now Reading
Tajuddin Disaman RM1,500, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada PDRM

Tajuddin Disaman RM1,500, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada PDRM

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat hanya memakai pelindung muka (face shield) ketika sidang media tersebut berlangsung.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dikenakan kompaun bernilai RM1,500 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Balai Polis Dang Wangi, dia dikatakan telah dituduh atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana tidak memakai face mask ketika sidang media Prasarana baru-baru ini.

Polis juga mengatakan bahawa kompaun itu akan dihantar kepadanya tidak lama lagi dan ianya dikeluarkan setelah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Tajuddin ketika sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, pada 25 Mei lalu.

BACA SINI: Kelana Jaya LRT Train Collision: Early Reports Point To Human Error

Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat hanya memakai pelindung muka (face shield) ketika sidang media tersebut berlangsung.

Syed Saddiq ucap terima kasih kepada pihak PDRM

Setelah berita mengenai Tajuddin dikompaun mula tular, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memuat naik satu tweet di mana dia pernah dipanggil ke IPD Dang Wangi kerana menyoal Tajuddin yang gagal memakai face mask.

Dia mengakhiri tweetnya dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana mengambil tindakan sewajarnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + fourteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd