Now Reading
Patut Atau Tidak Pengambilan Vaksinasi Diwajibkan?

Patut Atau Tidak Pengambilan Vaksinasi Diwajibkan?

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya kajian itu diterima pakai, ia sekaligus boleh melindungi golongan yang tidak sesuai menerima vaksin.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 inginkan reaksi anda terhadap cadangan mewajibikan vaksinasi Covid-19.

Soal selidik ini diterbitkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi membantu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menjalankan kajian mengenai sama ada menetapkan syarat wajib bagi pendaftaran vaksinasi dalam kalangan masyarakat bagi mencapai imuniti kelompok.

Tempoh kajian bermula hari ini, 9 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Berikut merupakan antara soalan-soalan yang ada di dalam kajian tersebut:

  • Adakah anda telah mendaftar pengambilan vaksinasi?
  • Jika TIDAK, mengapa anda tidak mendaftar pengambilan vaksinasi COVID-19?
  • Adakah anda telah mendapat maklumat secukupnya tentang Program Vaksinasi Kebangsaan?
  • Daripada sumber manakah anda mendapat maklumat tentang Program Vaksinasi Kebangsaan?
  • Adakah anda bersetuju sekiranya kerajaan mewajibkan pengambilan vaksinasi COVID-19?
  • Jika SETUJU atau sebaliknya, apakah alasan anda?

Terdapat juga halaman untuk maklumat peribadi umum seperti jantina, umur, bangsa, pekerjaan, keadaan tempat tinggal, dan daerah tempat tinggal.

Jika berminat, anda boleh menyertai kajian tersebut di sini.

Sehingga jam 11:59 malam pada 8 Jun, sebanyak 12,743,918 rakyat Malaysia sudah mendaftar pengambilan vaksinasi dan 2,503,655 telah divaksinasi.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya kajian itu diterima pakai, ia sekaligus boleh melindungi golongan yang tidak sesuai menerima vaksin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd