Now Reading
Malaysia Sasar 150K Suntikan Harian Vaksin Pada Bulan Jun & 200K Pada Bulan Julai

Malaysia Sasar 150K Suntikan Harian Vaksin Pada Bulan Jun & 200K Pada Bulan Julai

KJ turut menyatakan bahawa kadar vaksinasi Malaysia telah melampaui negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, semalam (3 Jun), bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menyatakan bahawa kerajaan telah menetapkan sasaran untuk memberikan 150,000 suntikan vaksin Covid-19 sehari pada bulan Jun sebelum meningkatkannya sehingga 200,000 suntikan menjelang Julai.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengatakan sasaran itu dapat dicapai dengan mewujudkan lebih banyak pusat vaksinasi, termasuk 1,000 klinik swasta di seluruh negara dan melalui sistem drive-through.

Beliau juga menyatakan bahawa kadar vaksinasi Malaysia telah melampaui negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam.

Walaupun ini bukan perlumbaan, ada baiknya kita menanda aras prestasi kita dan dari segi kadar suntikan harian, saya meminta agar ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail, Khairy juga mengatakan pusat vaksinasi di The SPICE Arena akan digunakan sebagai pusat vaksinasi AstraZeneca di Pulau Pinang mulai 7 Jun dengan sejumlah 133,000 dos sudah disiapkan untuk pengeluaran pusingan pertama. Beliau mengatakan, “Kami akan mulai dengan 1,000 suntikan vaksin sehari dan akan meningkat kepada 3,000 sehari pada hari bekerja, dan 2,000 pada hujung minggu.”

Untuk mempermudah proses vaksinasi bagi pekerja yang harus bekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan juga meneliti cadangan penubuhan pusat vaksinasi di kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menambah, Pulau Pinang perlu menyediakan 9,000 hingga 10,000 suntikan vaksin setiap hari untuk mencapai sasaran ‘herd immunity’ menjelang Oktober tahun ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 + fourteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd