Now Reading
Malaysia Airlines Lanjutkan Fleksibiliti Perjalanan Tempahan Semula Hingga Akhir Tahun 2022

Malaysia Airlines Lanjutkan Fleksibiliti Perjalanan Tempahan Semula Hingga Akhir Tahun 2022

Pelanggan yang layak boleh menempah semula tiket mereka pada atau sebelum 30 Jun 2022 bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Syarikat penerbangan nasional Malaysia, Malaysia Airlines telah melanjutkan fleksibiliti perjalanan tempahan semulanya, dengan menawarkan kepada pelanggan kesahan tiket yang lebih lama sehingga 31 Disember 2022 dengan perbezaan tambang sekali dan pengecualian bayaran perkhidmatan.

Pelanggan yang layak boleh menempah semula tiket mereka pada atau sebelum 30 Jun 2022 bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

Susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini, kumpulan itu telah memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penumpang dan kakitangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail.
(Kredit: @kementeriankesihatanmalaysia/Facebook)

Malaysia Airlines kurangkan operasi dan fokus penerbangan penting

Malaysia Airlines Berhad juga akan mengehadkan operasinya dengan pengurangan 85% di seluruh rangkaian penerbangannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tetapi akan terus memastikan kelancaran penerbangan penting domestik dan antarabangsa serta pergerakan kargo.

Sebagai syarikat penerbangan nasional, kami terus memainkan peranan memastikan kelancaran hubungan bagi Malaysia bersama-sama dengan Firefly dan MASwings menerusi penerbangan komersial dan carter yang terhad malah sejak PKP 1.0. Bermula April tahun lepas, kumpulan itu telah melaksanakan lebih 350 penerbangan menyelamat dan penghantaran pulang, menggunakan pesawat A380, A350, A330 dan B737 Malaysia Airlines, manakala MABkargo mengendalikan lebih daripada 1,600 penerbangan penumpang-kepada-kargo (P2C) sejak Mac 2020, mengangkut lebih 30,000 tan barangan bantuan di rangkaian pengangkut globalnya bagi memastikan rantaian bekalan global dikekalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail.

Untuk maklumat lanjut mengenai penerbangan Malaysia Airlines, anda boleh layari laman web rasmi mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd