Now Reading
TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP

TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP

Dengan cara penggunaan elektrik yang betul, anda masih boleh mengurangkan bil elektrik yang perlu ditanggung setiap bulan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bil elektrik rumah anda meroket naik sehingga tidak terkawal? Mungkin ramai yang mengalami masalah seperti ini. Mana taknya, dengan keadaan cuaca yang kian panas memang anda memerlukan penghawa dingin.

Tapi tak mengapa, TNB baru-baru ini memberikan beberapa tips dan cara penggunaan elektrik yang betul. Dan paling menarik, tips ini boleh membantu anda untuk mengurangkan bil elektrik yang perlu ditanggung lebih-lebih lagi pada musim PKP ini.

Cara untuk memantau & menguruskan penggunaan elektrik

Menurut laporan, Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, ketika tempoh PKP, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh manfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

  • Menutup komputer selepas digunakan
  • Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh
  • Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan penghawa dingin
  • Tetapkan penentu tempoh masa pada penghawa dingin bagi mengurus dan menjimatkan tenaga
  • Mencuci penapis penghawa dingin bagi mengoptimumkan proses penyejukan
  • Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat boleh didapati di portal TNB https://www.mytnb.com.my.

Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd