Now Reading
Saintis Amerika Baru Tahu Basuh Guna Air Lagi Bagus Dari Tisu Tandas…

Saintis Amerika Baru Tahu Basuh Guna Air Lagi Bagus Dari Tisu Tandas…

Ternyata, topik ini sememangnya sering diperdebatkan sehingga para penyelidik turut menjalankan kajian untuk mengetahui kebaikan dan keburukan mencuci menggunakan air.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Perkara paling annoying bila nak guna tandas di luar negara. Satu perkara yang semua orang boleh ‘relate’, betul tak?

Bayangkanlah, dah duduk di mangkuk tandas, pusing kepala tengok tak ada hos paip! Dalam hati, “Alamak, silap besar.”

Yang ada di situ hanyalah tisu toilet!

Sebagai seorang yang berasal dari negara Asia, kita sememangnya dah biasa diajar sejak kecil untuk membersihkan segala benda menggunakan air. Kalau tak ada air, rasa hidup tak sempurna. Betul tak?

Tapi persoalannya, kenapa negara Barat masih belum menggunakan air sepenuhnya untuk tujuan pembersihan selepas ‘melabur’ dalam tandas? Mungkin masih belum sedar agaknya tentang kepentingan dan faedah penggunaan air?

Pakar bedah rektum di New York City akhirnya bersuara

Hos air pancut yang selalu ada di tandas di Malaysia.
(Kredit: CultureTrip)

Paling mengejutkan orang di Amerika, Dr Evan Goldstein iaitu seorang pakar bedah rektum di New York City memberitahu Insider bahawa mencuci menggunakan air adalah cara yang lebih ideal setelah keluar dari tandas.

Benda ini orang Asia dah lama tahu sebab jika menggunakan tisu untuk lap sesuatu, ia hanya akan meratakan kekotoran, bukan membersihkannya. Sebab itulah kita cuci guna air terlebih dahulu, baru lap dengan tisu sehingga kering dan selepas itu baru akan rasa lebih bersih.

Guna tisu sahaja akan menyebabkan luka

Selain itu, Dr Evan turut mengatakan bahawa lap dengan menggunakan tisu boleh menyebabkan luka.

Dia menyatakan bahawa kulit di dubur manusia adalah agak nipis dan halus. Malah, tisu tandas juga sebenarnya agak kasar dan tidak sesuai untuk digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda mengelap terlalu banyak kali.

Segelintir orang Amerika turut bersetuju bahawa penggunaan bidet untuk mencuci sememangnya lebih selesa daripada tisu tandas. Terutamanya bagi mereka yang baru menjalani pembedahan, melahirkan anak, atau mengalami sindrom iritasi usus.

Para penyelidik mengkaji kebaikan & keburukan penggunaan bidet

Ternyata, topik ini sememangnya sering diperdebatkan sehingga para penyelidik turut menjalankan kajian untuk mengetahui kebaikan dan keburukan mencuci menggunakan air.

Tambahan pula, responden kajian yang dilakukan pada tahun 2009 kepada pesakit yang telah menjalani hemoroidektomi mengatakan bahawa penggunaan / semburan air adalah jauh lebih mudah dan memuaskan.

Kajian lain yang dibuat pada tahun 2011 pula mendapati bahawa tekanan air dari bidet membantu mengurangkan rasa sakit akibat peningkatan tekanan pada dubur akibat penyakit anarektal. Dengan itu, ia juga turut membantu proses membuang air besar.

Namun, tak semua kajian mengenai bidet adalah positif. Ia kerana satu kajian besar terhadap wanita di Jepun pada tahun 2010 mendapati bahawa penggunaan bidet yang kerap dapat mengganggu flora bakteria normal di dalam vagina dan akan menyebabkan jangkitan.

Penggunaan air adalah lebih mesra alam

(Kredit: Psychology Today)

Rata-rata orang Amerika didapati menggunakan tiga gulung tisu dalam masa seminggu! Manakala, seluruh negara pula menggunakan 36.5 bilion gulung tisu dalam masa setahun.

Tahu tak berapa banyak air yang diorang gunakan semata-mata nak buat satu gulung tisu tandas?

Lebih kurang 140 liter ye. Pembuatan tisu juga melibatkan penebangan jutaan pokok dan penggunaan klorin yang banyak.

Bukan itu sahaja, jumlah penggunaan elektrik yang digunakan ketika pemprosesan itu masih belum dikira. Ditambah lagi dengan jumlah tenaga dan bahan yang digunakan untuk pembungkusan dan pengangkutan tisu gulung ke kedai runcit.

Selain kesan persekitaran, kertas tisu juga boleh menyebabkan saluran paip tersumbat dan pihak tertentu terpaksa melakukan sistem pembetungan dan loji rawatan air.

Kenapa negara Barat masih menggunakan tisu tandas?

Sebenarnya, kisah ini sangat menarik.

Anda juga sudah mengetahui bahawa Amerika ditemui oleh orang Eropah yang melancong ke seberang laut untuk mencari ‘Dunia Baru’. Negara ini mengadaptasi pelbagai adat istiadat dari British, termasuk penggunaan tisu tandas.

Di Britain lama, rata-rata mereka sering mengaitkan bidet dengan rumah pelacuran, di mana ianya sering digunakan, dan dengan itu menganggap bidet sebagai sesuatu yang tidak elok.

Menyedari kekurangan kertas tandas, orang Amerika kini dinasihati untuk menggunakan tisu tandas basah yang lembut, atau tisu basah untuk tujuan pembersihan.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd