Now Reading
Ini Cara Korang Boleh ‘Stock Up’ Aiskrim Nestle & Dihantar Sampai Depan Pintu Rumah

Ini Cara Korang Boleh ‘Stock Up’ Aiskrim Nestle & Dihantar Sampai Depan Pintu Rumah

Jangan makan sorang, dapat kencing manis pula nanti. Share share la okay? 😛

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bila dah ‘lockdown’ di rumah selama dua minggu ni, dalam kepala memang banyak benda nak makan. Mana tidaknya, bila ada di rumah je rasa lapar tu asyik datang. Walaupun dah makan, tetiba nak pemanis mulut pula.

Pendek kata, mulut tak berhenti menguyah. 😀

Pesan aiskrim Nestle secara online

(Jalan-JalanCutiSantai/Facebook)

Baru-baru ini tular satu posting di mana korang semua boleh memesan aiskrim Nestle secara online dan penghantaran terus sampai ke rumah, depan pintu lagi tu. Tak perlu susah-payah keluar pergi beli di kedai. Online sahaja.

Tambahan pula, korang boleh beli secara borong asalkan peti ais rumah korang muat. Jangan pula nanti sampai nak masukkan ikan pun tak boleh sebab penuh dengan aiskrim.

Perkongsian menerusi laman Facebook tersebut telah dikongsikan oleh Jalan-Jalan Cuti Santai dan berjaya meraih lebih 36 ribu shares ketika artikel ini ditulis.

Cara-caranya:

  1. Isi borang
  2. Pilih lokasi ikut kawasan
  3. Pilih aiskrim yang korang nak
  4. Agent akan call sebelum penghantaran
  5. Lori dah sampai baru bayar
  6. Dah dapat aiskrim, boleh makan aiskrim sepuas-puasnya

Kalau nak order, boleh KLIK SINI.

Order jom? Boleh party aiskrim di rumah selama lockdown ni. 😀


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd