Now Reading
16 Pesawat Tentera Udara Republik China Dilihat Menceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Tentera Udara Republik China Dilihat Menceroboh Ruang Udara Malaysia

Pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China memasuki ruang udara Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari website MKN.


Kementerian Luar Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China.

16 pesawat TUDM telah direkodkan memasuki ruang udara Malaysia di atas Zon Maritim Malaysia (MMZ) pada hari Isnin, 31 Mei. Mereka telah dikesan melalui Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 tengahari.

Menurut laporan dari TUDM, pesawat itu terbang dalam formasi taktikal yang berjarak 60 batu nautika. Ini adalah ketika pesawat terbang tepat di bawah dan di belakang pemimpin atau dalam kedudukan slot.

Pesawat terbabit telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui ruang udara Singapura sebelum memasuki ruang udara Malaysia.

Ketika pesawat tersebut dikesan memasuki Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR), TUDM melancarkan pesawat Hawk 208 dari Skuadron No.6 dari Pangkalan Udara Labuan pada jam 1:33pm.

Pesawat udara PLAAF yang dilihat telah disahkan pesawat Ilyushin 11-76 dan Xian Y-20 yang mampu melakukan pelbagai jenis misi strategik.

A Xian Y-20 semasa pameran udara di China pada tahun 2016
(Kredit gambar: Alert5 / Wikimedia)

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan berkata, “Malaysia memandang serius isu pencerobohan membabitkan Tentera Udara Republik Rakyat China dan hubungan diplomatik yang terjalin antara dua negara tidak bermakna Malaysia boleh berkompromi dalam hal keselamatan negara.”

Berdasarkan laporan yang diterima daripada TUDM, Kementerian ini akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan ini kepada Kerajaan Republik Rakyat China.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd