Now Reading
Jemaah Menteri Tidak Ambil Gaji Selama 3 Bulan Bermula Jun 2021

Jemaah Menteri Tidak Ambil Gaji Selama 3 Bulan Bermula Jun 2021

Gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Semalam, 31 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman di mana menteri dan timbalan menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini.

Menurut laporan, tindakan ini adalah sebagai tanda sokongan jemaah menteri di mana gaji tersebut bakal disumbangkan ke dalam akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Kredit: Kosmo!

Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin semalam turut mengumumkan bahawa di bawah rancangan PEMERKASA Plus, tambahan RM2.1 bilion akan dibelanjakan untuk program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

BACA SINI: [TERKINI] PM Umum Rancangan Pemerkasa Plus Bernilai RM40 Bilion


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd