Now Reading
Siti Nurhaliza & Datuk K Dikenakan Kompaun RM10K Setiap Orang Akibat Gagal Patuhi SOP

Siti Nurhaliza & Datuk K Dikenakan Kompaun RM10K Setiap Orang Akibat Gagal Patuhi SOP

Tiga orang anak Khalid juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Sebelum ini, telah tular di media sosial gambar-gambar ketika majlis tahnik kelahiran anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang, pada 26 April 2021 yang lalu.

Susulan itu, rata-rata warganet tidak berpuas hati dan turut mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah terkenal yang dipercayai merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.

Malah, orang ramai juga menyatakan bahawa Siti Nurhaliza dan keluarga tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Kredit: FMT

Menurut laporan, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Malah, tiga orang anak Khalid juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd