Now Reading
Hospital Di Ipoh Perjelas Isu Eina Azman & Suami ‘Potong Barisan’ Ambil Vaksin

Hospital Di Ipoh Perjelas Isu Eina Azman & Suami ‘Potong Barisan’ Ambil Vaksin

Eina Azman dikatakan memuat naik ke Instagramnya, menunjukkan dia dan suami telah divaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Baru-baru ini telah tular satu isu di mana selebriti terkenal, Datin Eina Azman dan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang telah menerima suntikan vaksin di sebulah hospital di Ipoh.

Menurut laporan, mereka berdua didakwa ‘memotong barisan’ sekaligus melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Isu ini mula tercetus di media sosial selepas Eina Azman dikatakan memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya menunjukkan dia dan suami telah divaksin.

Namun, posting tersebut telah dipadam dalam tempoh yang singkat.

Kredit: Instagram/eina_azman

Eina Azman semalam ‘register’ pakai laman web mana ya? Terus cucuk pulak tu. Kerja buat video memasak je hari-hari pun awal dapatnya.

Netizen.

Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Eina Azman ambil direct dekat Hospital Ipoh.

Netizen.

Pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh tampil beri penjelasan

Walau bagaimanapun, sebuah kenyataan daripada Dr. Abdul Malek Othman selaku pengarah hospital berkenaan memaklumkan Eina Azman dan suaminya telah disenaraikan oleh doktor pakar sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Kesimpulannya, posting yang dimuat naik oleh Eina Azman telah mengundang dua tanda-tanya iaitu bagaimana Eina dan suaminya cepat mendapat vaksin dan pelanggaran SOP rentas negeri tanpa alasan yang kukuh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd