Now Reading
Servis ‘Park-and-Dine’ Tidak Dibenarkan, Tapi Boleh Tapau & Makan Dalam Kereta

Servis ‘Park-and-Dine’ Tidak Dibenarkan, Tapi Boleh Tapau & Makan Dalam Kereta

Aktiviti pembekalan dan penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Tidak dinafikan, SOP yang telah dikemas kini oleh pihak MKN sedikit sebanyak agak mengelirukan orang ramai.

Contohnya – tahukah anda bahawa makanan yang dihidangkan oleh pihak restoran ke kenderaan anda adalah dianggap sebagai pelanggaran SOP, namun anda boleh tapau makanan tersebut dan makan di dalam kereta?

Pada Jumaat lalu, sebuah kedai makan di Miri, Sarawak telah dikenakan penalti setelah didapati menyediakan makanan kepada pelanggan ke dalam kenderaan mereka. Servis park-and-dine dikenali sebagai ‘drive-in’ – iaitu antara salah satu servis atau aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN di bawah PKP 3.0.

BACA SINI: SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Dikemas Kini Oleh MKN

Ini kerana ketika pelanggan menggunakan servis ‘drive-in’ ini, ianya akan melibatkan pelayan menghidang makanan dan mengambilnya semua dari dalam kenderaan. Oleh itu, orang ramai akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan jika mereka menggunakan servis ‘drive-in’ ini.

Namun, ianya berbeza dengan panggung pandu-lalu (drive-in cinema) kerana tiada hidangan yang diperlukan. Pelanggan hanya perlu duduk di dalam kenderaan masing-masing sambil menonton panggung.

Perkhidmatan ‘Park-and-Dine’ adalah sama seperti makan di restoran

Apakah logik di sebalik SOP ini?

Kredit: Unsplash

Pelayan akan menghidangkan makanan dan kemudiannya mengambil pinggan serta peralatan makan dari pelanggan. Di sinilah risiko jangkitan boleh berlaku.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, pelanggan dibenarkan memesan makanan dan makan di dalam kereta mereka tanpa perkhidmatan park-and-dine. Beliau turut menasihati pengusaha premis untuk menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Sebelum ini, ketika PKP 1.0 dan 2.0, makan di kedai makan adalah tidak dibenarkan sementara servis park-and-dine dibenarkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd