Now Reading
Dituduh Langgar SOP Sekali Lagi: Neelofa Dilihat Naik Kereta Lebih Kapasiti

Dituduh Langgar SOP Sekali Lagi: Neelofa Dilihat Naik Kereta Lebih Kapasiti

Neelofa telah tampil beri penjelasan mengenai isu ini melalui status di laman Facebook dan Twitter miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Belum reda isu Neelofa dan suami yang dikatakan telah melanggar SOP PKP 3.0 atas tuduhan merentas daerah, kini timbul pula isu lain.

Sebelum ini, Neelofa buat beberapa kalinya telah menjadi ‘target’ orang ramai di mana dia dilihat tidak memakai pelitup muka (mask) dan hanya berpurdah ketika menghadirkan diri di Mahkamah Majistret, Seremban.

Kredit: BeautifulNara

Susulan isu tersebut, hari ini, Neelofa dan suaminya dikatakan telah hadir ke IPD Seremban untuk memberikan keterangan mengenai isu terbabit. Neelofa dilihat ditemani oleh suaminya, Haris dan diiringi oleh dua orang pengawal peribadi serta dua orang peguam.

Kredit: Utusan Malaysia

Kali ini, lain pula isu yang tercetus selepas Neelofa sekali lagi dilihat menaiki kenderaan melebihi kapasiti. Video yang dirakam oleh Bernama tersebut telah viral di media sosial dengan lebih 245 ribu tontonan di Facebook ketika artikel ini ditulis.

Neelofa di dalam klip video tersebut dia dilihat menaiki kereta bersama suaminya, diikuti seorang driver dan peguam yang kedua-duanya dilihat duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

Malah, rata-rata warganet turut mempersoalkan kenapa Neelofa boleh menaiki kereta melebihi kapasiti yang telah ditetapkan di dalam SOP?

Ini bukan dah langgar SOP ke naik kereta 4 orang? SOP baru 3 orang je naik kereta.

Warganet.

Neelofa tampil beri penjelasan

Setelah heboh di media sosial susulan isu ini, Neelofa tidak melepaskan peluang untuk tampil memberikan penjelasan. Dia mengatakan bahawa peguamnya tidak pulang ke KL menaiki kenderaan yang sama dan hanya menumpangkan beliau ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd