Now Reading
Kluster ‘Dah Lengkuas’ Di Kedah Dikatakan Telah Ikut SOP, Tapi Masih Ada Yang Positif Covid-19

Kluster ‘Dah Lengkuas’ Di Kedah Dikatakan Telah Ikut SOP, Tapi Masih Ada Yang Positif Covid-19

SOP hanyalah langkah pencegahan, bukannya perlindungan sepenuhnya dari Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum, rombongan pelancong dari Simpang Ampat, Kedah ke pusat peranginan Genting Highlands, Pahang baru-baru ini telah mengesan seramai 16 orang positif Covid-19 dalam kluster ‘Dah Lengkuas’.

Difahamkan, kumpulan tersebut melakukan perjalanan menaiki bas dalam gelembung pelancongan pada pertengahan April lalu ketika Kedah dan Pahang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

BACA SINI: Rombongan Pelancong Punca Kluster Covid-19 Dari Genting Highlands

Walau bagaimanapun, siasatan kemudiannya menunjukkan bahawa syarikat pelancongan itu serta kesemua penumpang tidak melanggar peraturan SOP dan mematuhi sepenuhnya garis panduan yang telah ditetapkan.

Siasatan awal oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan (MOTAC) menunjukkan bahawa syarikat tersebut serta kakitangan dan penumpangnya mengikuti SOP ketika melancong di bawah PKPP.

Namun, ketika mereka pulang dari percutian tersebut – beberapa orang penumpang dikatakan mengalami simptom demam. Pemeriksaan menunjukkan bahawa mereka telah dikesan positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, kes indeks untuk kluster ini belum dapat dikenal pasti.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd