Now Reading
BigPay Dipilih Untuk Program eBelia & Pengguna Boleh Tuntut Kredit RM150 Mulai 1 Jun

BigPay Dipilih Untuk Program eBelia & Pengguna Boleh Tuntut Kredit RM150 Mulai 1 Jun

Selain kredit bernilai RM150 dan kod promosi istimewa, BigPay juga bakal memberikan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna eBelia.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


BigPay telah dipilih oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu saluran rasmi untuk tuntutan kredit bagi inisiatif eBelia.

Mulai 1 Jun, warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar boleh menuntut RM150 terus daripada aplikasi BigPay.

Menjelang pelancaran rasmi, para pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun BigPay dan mendapatkan kad mereka secepat mungkin supaya mereka dapat menuntut kredit tersebut.

Pengguna baharu juga dapat menikmati bonus RM20 percuma semasa pendaftaran menggunakan kod promosi: PCEBELIABP

Kredit: Ringgit Plus

Kami berbesar hati untuk menjadi salah satu saluran terpilih oleh kerajaan bagi inisiatif eBelia ini. Program ini akan mendorong belia di Malaysia untuk menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital – seterusnya mendorong belia ke arah kebebasan kewangan selari dengan misi utama kami. Generasi Z mencari pengalaman yang lebih intuitif berkaitan dengan keperluan kewangan mereka – yang diintegrasikan dengan teknologi yang telus dan diperibadikan. Mereka juga ingin menabung dan merancang masa depan hanya di hujung jari. Ciri-ciri aplikasi BigPay – daripada penjejakan perbelanjaan bersepadu, pecahan bil hingga insurans mikro – membolehkan pengguna mengawal kewangan mereka dan memupuk pengurusan kewangan yang lebih baik.

Salim Dhanani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay.

Mudah untuk didaftar

Kad BigPay juga boleh digunakan di lebih dari 800,000 lokasi di Malaysia, sama ada di luar talian secara fizikal atau dalam talian melalui e-dagang. Pendaftarannya juga amat mudah dan semuanya dilakukan secara digital melalui aplikasi BigPay dengan teknologi eKYC (Know-Your-Customer) untuk mengakses semua ciri-ciri yang tersedia.

Selain kredit bernilai RM150 dan kod promosi istimewa yang dinyatakan, BigPay juga bakal memberikan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna eBelia.

Nantikan butiran lanjut pada 1 Jun.

Untuk maklumat lanjut layari www.bigpayme.com/ebelia dan jika anda ingin memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda, klik SINI.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd