Now Reading
Rombongan Pelancong Punca Kluster Covid-19 Dari Genting Highlands

Rombongan Pelancong Punca Kluster Covid-19 Dari Genting Highlands

Kumpulan yang terbabit melakukan perjalanan menaiki bas dalam gelembung pelancongan pada pertengahan April lalu, sebelum mereka mula dikesan positif Covid-19 pada 30 April lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang melakukan pengesanan kontak rapat rombongan pelancong dari Alor Setar ke pusat peranginan Genting Highlands selepas beberapa individu dikesan positif Covid-19 dalam kalangan mereka.

Menurut laporan MalaysiaKini, kumpulan ‘Dah Lengkuas’ telah mencatatkan sebanyak 16 kes positif setakat ini.

Difahamkan, kumpulan yang terbabit melakukan perjalanan menaiki bas dalam gelembung pelancongan pada pertengahan April lalu ketika Kedah dan Pahang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kerajaan telah memutuskan pada 9 Mac lalu bahawa pelancongan antara negeri di bawah PKPP dibenarkan. Peraturan ini hanya membolehkan pelancong melakukan perjalanan melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Budaya. Kebenaran tersebut telah ditangguhkan pada 4 Mei.

Walau bagaimanapun, JKN Kedah sedang siasat penumpang sebuah bas sahaja, tetapi mereka akan cuba untuk mengesan kesemua kontak rapat yang lain juga.

“Sehingga kini, kita belum dapat tahu jumlah sebenar mereka yang positif kerana proses ujian saringan masih dilakukan,” kata exco Kedah, Dr Mohd Hayati Othman kepada Harian Metro.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd