Now Reading
Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je!

Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je!

Kalau nak masak dan makan sesama sendiri di rumah, apa salahnya. Raya kan sebulan. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Dah hampir seminggu umat Islam meraikan Syawal. Namun, buat tahun kedua – Hari Raya Aidilfitri tidak lagi sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Tapi tak apa, ianya masih boleh diraikan bersama ahli keluarga di rumah masing-masing.

P/S: Kita hold dulu ziarah menziarahi. Mana tahu tahun depan dah boleh raya seperti biasa. 🙂

Kalau dah duduk di rumah, mesti aktiviti yang paling kerap dilakukan adalah memasak. Mana tidaknya, memasak salah satu aktiviti yang boleh buat korang ‘kill-time’ setiap hari selain bekerja dan luangkan masa dengan keluarga, betul tak?

Jom cuba buat Rendang Ayam sedap dan tahan lama guna resepi ini

Dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook iaitu Shahila Hanim dan telah diterbitkan semula oleh laman makan di Facebook iaitu Resepi Pembuka Selera dengan lebih 7 ribu perkongsian setakat ini.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 ekor ayam
  • 500gm bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang besar – hiris
  • 3 labu bawang putih – hiris
  • 4 inci halia – hiris
  • 4 inci lengkuas – tumbuk
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk
  • 4 batang serai – titik
  • 4 senduk cili kisar – ikut suka pedas
  • Bawang goreng 1 paket kecil
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 2 kotak santan kara
  • 1 kotak santan kara + 2 cawan air (untuk santan cair)
  • 2 keping asam keping – ikut rasa
  • Garam
  • Gula
  • Kiub ayam
  • Daun kunyit/daun limau – optional
  • Sedikit kerisik – optional untuk warna gelap
  • Cili api 10 tangkai – jika suka pedas

Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar cili api hiris dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar-benar garing.

Masukkan ayam dan bawang goreng gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula kiub ayam dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit atau daun limau yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota: Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.

Macam mudah je, jom cuba? 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd