Now Reading
Kapasiti ICU Untuk Pesakit Covid-19 Di Seluruh Negara Mencapai Tahap Kritikal

Kapasiti ICU Untuk Pesakit Covid-19 Di Seluruh Negara Mencapai Tahap Kritikal

Kapasiti ICU di seluruh negara mencapai 74% dengan Lembah Klang mencapai 89%.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Hospital COVID-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

Namun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

Kredit: Noor Hisham Abdullah/Facebook

Dalam catatan di Facebook, Dr Noor Hisham berkongsi statistik terkini mengenai penggunaan katil di ICU Covid-19 di seluruh negara. Sehingga 18 Mei, penggunaan katil untuk rawatan kritikal Covid-19 dan penggunaan ICU di seluruh negara berada pada purata 74%.

ICU di Lembah Klang sahaja telah mencapai kapasiti 89%. Negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, dan Negeri Sembilan berada pada tahap lebih dari 80%.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Pulau Pinang kehabisan katil ICU sementara ICU di Johor dan Lembah Klang digunakan sepenuhnya.

BACA SINI: Penang Now Has No More ICU Beds To Treat Covid-19 Patients, Non-ICU Beds At 70% Capacity

Field ICU

‘Field ICU’ kini telah dirancang untuk ditubuhkan dengan bantuan Angkatan Tentera, di hospital kritikal untuk menangani lonjakan tersebut.

Kredit: Noor Hisham Abdullah/Facebook
Kredit: Noor Hisham Abdullah/Facebook

NST melaporkan bahawa ‘Field ICU’ yang bakal didirikan di Hospital Kepala Batas ini akan menggunakan konsep modular di mana ianya mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan ‘life support’ lain seperti mesin dialisis untuk pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang akibat daripada jangkitan Covid19, dan ‘infusion pump’ bagi menyokong fungsi jantung.

Semalam Malaysia mencatatkan jumlah kematian Covid-19 tertinggi. Dari 47 kematian, 5 dicatatkan di Pulau Pinang, dan 22 dicatatkan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd