Now Reading
Neelofa & Keluarga Sekali Lagi Didakwa Langgar SOP Ketika Beraya

Neelofa & Keluarga Sekali Lagi Didakwa Langgar SOP Ketika Beraya

Majlis tersebut disyaki telah berlangsung di kediaman keluarga selebriti tersebut di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Nama selebriti terkenal, Noor Neelofa kini kembali ‘panas’ diperbualkan oleh warganet sejak semalam susulan kontroversi yang dicetuskan sekali lagi selepas dia didakwa melanggar SOP ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu lalu.

Kredit: NST

Menurut laporan, kontroversi tersebut bermula selepas kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik sebuah video di laman Instagram dan pada ketika ini, video tersebut telah pun dipadam.

Video berdurasi 27 saat tersebut telah dikongsi oleh warganet sejak semalam dan kini semakin tular. Menerusi video dengan kapsyen “1 Syawal yang penuh mulia” tersebut, kelihatan ahli keluarga Neelofa berkumpul di pagi Hari Raya dan bersalam-salaman antara satu sama lain.

Majlis tersebut disyaki dijalankan di rumah keluarga Neelofa di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Aidilfitri. Malah, pihak mereka telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kes masih dalam penyiasatan polis dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). rang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular membabitkan keluarga selebriti tempatan ini dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri di mana kunjung-mengunjung pada Hari Raya adalah TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dijalankan di Malaysia.

BACA SINI: SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dikemaskini Pada 11 Mei 2021 Oleh MKN


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13 + seventeen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd