Now Reading
Pusingan Kedua Vaksin AstraZeneca Akan Mula Dibuka Buat Warga Emas Pada 23 Mei 2021 – KJ

Pusingan Kedua Vaksin AstraZeneca Akan Mula Dibuka Buat Warga Emas Pada 23 Mei 2021 – KJ

Namun begitu, dos yang tidak diambil oleh warga emas selepas 26 Mei akan terbuka kepada mereka yang berumur di bawah 60 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NST, sebanyak 268,800 dos vaksin jenis AstraZeneca untuk pusingan pertama telah diterima oleh Malaysia yang dibeli pada Disember tahun lalu bagi kegunaan 3% jumlah populasi negara.

Namun begitu, mereka yang memilih untuk tidak mengambil vaksin jenis AstraZeneca ini akan diberikan vaksin jenis Pfizer atau Sinovac.

Program vaksinasi di Malaysia bermula pada akhir Februari 2021, dan sebanyak 960,070 orang telah menerima dos pertama mereka, sementara 609,539 telah diberi vaksin sepenuhnya.

Pihak fasiliti COVAX menghantar vaksin ini dari Korea Selatan dan kita akan letak di gudang yang telah ditetapkan.

Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan.
Kredit: Malay Mail

Manakala, untuk pusingan kedua pemberian vaksin AstraZeneca ini pula akan dibuka pada 23 Mei dan keutamaan bakal diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional itu menjelaskan bahawa selain Lembah Klang, pendaftaran untuk pengambilan vaksin ini akan merangkumi negeri-negeri zon merah Johor, Pulau Pinang dan Sarawak – yang mencatatkan sebilangan besar kes Covid-19 setiap hari.

Walau bagaimanapun, mereka yang berada di dalam senarai “waiting list” pada pusingan 1 akan menerima temu janji.

Namun begitu, dos yang tidak diambil oleh warga emas selepas 26 Mei akan terbuka kepada mereka yang berumur di bawah 60 tahun.

Khairy Jamaluddin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd