Now Reading
Ini Situasi Covid-19 Di Malaysia Lepas Rakyat Beraya Selama 4 Hari Pada Hujung Minggu Lepas

Ini Situasi Covid-19 Di Malaysia Lepas Rakyat Beraya Selama 4 Hari Pada Hujung Minggu Lepas

Kematian harian mencapai tahap tertinggi dengan jumlah 44 kematian pada Hari Raya ketiga.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Kes baru setiap hari secara konsisten melebihi 4,000

Secara keseluruhan terdapat 16,888 kes Covid-19 baru, 14,959 kes pulih baru dan 141 kematian disebabkan oleh Covid-19 di Malaysia pada hari perayaan Aidilfitri hujung minggu lalu.

Jumlah kes tertinggi dicatatkan pada hari pertama Raya dengan 4,855 kes – diikuti dengan jumlah kes pulih tertinggi pada hari kedua Raya dengan 4,190 kes, dan jumlah kematian tertinggi tercatat, 44, pada Hari Raya ketiga.

Kematian di luar hospital semakin meningkat

(Foto melalui akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu Tweet menyatakan bahawa baru-baru ini terdapat lebih banyak kes kematian di luar hospital di Lembah Klang.

Menurutnya, semasa mayat dibawa ke hospital, ujian Covid-19 diberikan dan bedah siasat akan dilakukan.

Malah, beliau turut menambah bahawa sehingga kini, Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital kerajaan juga telah kehabisan ruang.

Unit Rawatan Rapi telah penuh

Menurut Dr Noor Hisham, 80% kapasiti ICU di hospital di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah, dan Perak sedang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dan beberapa hospital kini tidak boleh menampung pesakit baru.

Tempat penyimpanan mayat

Hari ini telah dilaporkan bahawa kontena khas telah disediakan oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tempat simpanan mayat tambahan untuk mereka yang meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19.

(Foto melalui akaun Twitter Kementerian Kesihatan)

Dalam kenyataan itu, Kementerian Kesihatan juga menyatakan bahawa lebih dari 80% kematian berkaitan Covid-19 di negara ini adalah melibatkan warga emas yang menghidap satu atau lebih penyakit kronik atau komorbiditi. Mereka menambah bahawa penyebab kebanyakan jangkitan adalah daripada ahli keluarga terdekat.

Ini adalah salah satu sebab betapa pentingnya penjagaan SOP, terutama bagi mereka yang hidup dengan individu yang berisiko tinggi, dan betapa pentingnya vaksin kepada orang tua.

Dapatkan suntikan vaksin

Kini, Malaysia berada dalam fasa kedua program Imunisasi Covid-19 Nasionalnya yang memfokuskan pada orang tua, mereka yang menghidap penyakit kronik, dan orang kurang upaya (OKU).

Pada pada yang sama, pendaftaran terbuka untuk vaksin kini telah disediakan bagi mereka yang berada di Lembah Klang, serta kawasan zon merah yang lain seperti Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

BACA SINI: Pusingan Kedua Vaksin AstraZeneca Akan Mula Dibuka Buat Warga Emas Pada 23 Mei 2021 – KJ


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd