Now Reading
SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Oleh MKN [DIKEMASKINI 11 MEI 2021]

SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Oleh MKN [DIKEMASKINI 11 MEI 2021]

Seluruh Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 12 Mei 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 7 Jun 2021 (11.59 malam).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Untuk memudahkan anda, perubahan SOP terbaru yang telah dibuat oleh pihak kerajaan telah ditanda dengan **.


Umum sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan seluruh Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 12 Mei 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 7 Jun 2021 (11.59 malam)

Bagi memudahkan anda, kami menyediakan ringkasan yang mudah difahami untuk SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) seperti di bawah:


Kawasan Yang Terlibat

SELURUH NEGARA

*Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Aktiviti Yang Dibenarkan

  • Sektor ekonomi yang dibenarkan
  • Membeli/mendapatkan barang keperluan
  • Mendapatkan rawatan kesihatan & perubatan
  • Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

  • Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM
  • Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM
  • Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List)

  • Aktiviti Ekonomi: Operasi SPA, refleksologi, pusat urut dan perkhidmatan pedicure dan manicure.
  • Aktiviti Hiburan: Aktiviti di kelab malam atau pub dan aktiviti di panggung wayang. 
  • Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta.
  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.
  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain. 
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain. 
  • Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga.
  • Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia. 
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi selain daripada yang disenaraikan.
  • Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi kecuali taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
  • Penganjuran kejohanan, pertandingan atau perlawanan persahabatan tanpa kebenaran khas KBS.
  • Kehadiran penonton atau penyokong ke stadium atau venue sukan dan rekreasi.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan pergerakan yang sedang berkuat kuasa kecuali mendapat kebenaran PDRM.
  • Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
  • Penyertaan pemain, peserta, pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan, pertandingan atau perlawanan di luar negara tanpa sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia. 
  • Persembahan di lounge hotel.
  • Aktiviti indoor atau outdoor busking.

Kesimpulannya, apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan dan lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa adalah tidak dibenarkan.

Kredit: Malay Mail

Kawalan Pergerakan

  • PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
  • Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
  • **Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja termasuk pemandu bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet, keperluan asas dan keperluan harian.
  • **Pergerakan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan ke daerah yang paling hampir dengan kediamannya dibenarkan sekiranya perkhidmatan jagaan atau kesihatan atau perubatan itu tiada di dalam daerah tersebut.
  • Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
  • **Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • **Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri, kapal terbang dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi (waktu operasi mengikut syarat lesen) berdasarkan kapasiti kenderaan.
  • **Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  • Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
  • **Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Pusat Tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup bagi tempoh empat (4) minggu bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
  • **Semua sekolah bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat seperti pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bagi tempoh empat (4) minggu bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.
  • **Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa sahaja dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.
  • **Pelajar IPT yang berkeperluan dibenarkan pulang ke kampus dengan mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT berkenaan.
  • **Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar yang berkeperluan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan.
  • **Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
  • **Pergerakan pensyarah, guru, tenaga pengajar atau pentadbiran institusi bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dibenarkan di sekolah, institusi pendidikan dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM, KPT atau IPT.
  • **Pelajar yang berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • **Pergerakan pulang pelajar yang berada di asrama atau Institusi Pendidikan adalah secara berperingkat mengikut ketetapan pihak KPM, KPT atau IPT. Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan ini adalah dibenarkan dengan surat kebenaran dari pihak KPM, KPT atau IPT. 
  • Pergerakan bagi kes kematian, bencana alam dan lain-lain kecemasan dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
  • Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dibenarkan merentas daerah dan negeri masing- masing dalam tempoh PKP dengan tujuan urusan rasmi atau melawat kawasan.
  • Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi / perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

Aktiviti Dalam Kawasan PKP

  • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Premis dibenarkan beroperasi sehingga 12.00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja).
  • Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 6:00 pagi hingga 10.00 malam. Aktiviti tersebut dibenarkan beroperasi sehingga 12.00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja).
  • Dine-in tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
  • Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
  • Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
Kredit gambar: Sayuti Zainuddin/Malay Mail
  • Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

NOTA:

  1. Kerajaan Negeri boleh memperketatkan SOP ini bagi tujuan mengawal penularan COVID-19.
  2. Pemilik premis, aktiviti atau program yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan pelanggan dan melaksanakan penutupan premis jika diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah selepas penilaian risiko dijalankan.

Kebenaran Operasi & Pergerakan Bagi Perkhidmatan Awam & Swasta

  • Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian/ Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran/ surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam berdasarkan kepada Pekeliling/ Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala bagi sektor swasta berdasarkan kepada 30% bagi Kumpulan Pengurusan dan jumlah pekerja operasi/ sokongan ditetapkan oleh majikan.

Protokol Kesihatan Umum

  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.
  • Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
  • Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
  • Pelanggan / pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
  • Bagi kompleks membeli belah / pasar raya / departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
  • Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki kompleks dan premis.
  • Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks / premis masing-masing.
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIGALAKKAN untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan dan pendidikan.
  • Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa.
  • Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran perlu digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
  • Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
  • Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
  • Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
  • Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak KECUALI bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
  • a) Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
  • b)  Ruang kerja bersendirian.
  • c)  Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor.
  • d)  Kenderaansendiridanmelibatkanahliisirumah.
  • e)  Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
  • f)  Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).

Mesyuarat, Aktiviti Sektor Perikanan, Perladangan, Pertanian dan Pertenakan

  • Mesyuarat: Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar TIDAK DIBENARKAN dan perlu dilaksanakan secara sidang video.
  • **Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi. 
  • **Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.
  • **Aktiviti keagamaan: Aktiviti agama Islam seperti solat berjemaah, Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • **Upacara pernikahan (akad nikah) Islam di Jabatan Agama dan masjid dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • **Pengurusan pengebumian Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • **Aktiviti Rumah Ibadat Bukan Islam adalah dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
  • **Untuk pendaftaran perkahwinan bagi bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
  • **Pengurusan pengebumian bukan Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN). 
  • Pusat Asuhan Kanak-Kanak, tabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian atau Agensi berkaitan. 
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan. 
  • Pusat jagaan harian atau pusat rehabilitasi bagi Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi.

Aktiviti Sukan & Riadah

Kredit: Zeem Ahmad
  • **Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging, berbasikal dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
    Penganjuran kejohanan, pertandingan atau perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model gelembung sukan adalah terhad bagi penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan mana-mana dengan kebenaran khas KBS sahaja tanpa kehadiran penonton.
  • **Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
  • **Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam MFL menggunakan model gelembung sukan (Camp Based Training).
  • **Penyertaan pemain, peserta, pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan, pertandingan atau perlawanan di luar negara dengan sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

**Industri Kreatif

  • **Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara, live streaming dan seumpamanya dibenarkan bagi rakaman dalaman (studio) dengan jumlah kru yang minima dan tanpa penonton serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
  • **Aktiviti pembangunan kandungan kreatif termasuk produksi muzik, animasi dan penggambaran filem, drama dan dokumentari yang dibuat di dalam studio adalah dibenarkan. 
  • **Pawagam pandu masuk dibenarkan.

**Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan, dan Ceramah

  • **Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training. 
  • **Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian (online) adalah dibenarkan.

Lain-lain Aktiviti

  • Institut Memandu, Pusat Latihan Penerbangan dan Pusat Latihan Maritim dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Senarai SOP di atas telah dikemaskini pada 11 Mei 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13 + 17 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd