Now Reading
Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKP 3.0

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKP 3.0

Umat Islam hanya akan melaksanakan solat sunat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Perayaan Aidilfitri tahun ini dan tahun lepas sememangnya amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sedih juga bila tak dapat balik kampung untuk beraya dengan ahli keluarga. 🙁

Waktu paling akan dirindui adalah Solat Sunat Aidilfitri bersama keluarga di pagi Hari Raya. Namun, buat tahun kedua, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berada di rumah masing-masing bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Solat di rumah sajalah tahun ni.

Sebelum itu, ingin dimaklumkan bahawa hukum menunaikan Solat Sunat Hari Raya adalah sunat muakkad yang mana ia adalah sangat digalakkan

Umat Islam hanya akan melaksanakan solat sunat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Tidak perlu risau jika solat sunat ini tidak boleh dilakukan di masjid atau di surau kerana solat subat ini juga boleh dilakukan di rumah secara berjemaah mahupun bersendirian.

Kredit: SAYS Seismik

Ikuti panduan serta cara untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah seperti di bawah:

Niat

Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian:

Kredit: SAYS

Lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam / makmum):

Kredit: SAYS

Rakaat pertama

  • Dimulai dengan Takbirratul Ihram
  • Membaca Doa Iftitah
  • Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali)

Lafaz tasbih adalah seperti ini:

Kredit: SAYS
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

  • Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali)
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
  • Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  • Memberi salam
  • Membaca doa

Khutbah Aidilfitri

Setelah selesai menunaikan solat sunat raya Aidilfitri, umat Islam digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.

Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd