Now Reading
Lebih 9K Retweets, Khairulaming Ajar Tips Mudah Buat Lemang Cara Instant. Ooh, Simple Je!

Lebih 9K Retweets, Khairulaming Ajar Tips Mudah Buat Lemang Cara Instant. Ooh, Simple Je!

Perkongsian berbentuk tweet tersebut merupakan salah satu video masakan yang dikeluarkan olehnya di bawah projek 30 Hari 30 Resepi Sepanjang Puasa.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Musim-musim PKP ni, ramai yang ingin mencuba untuk buat experiment di dapur. Mana tidaknya, banyak masa yang bakal diluangkan di rumah, daripada buang masa, baik buat sesuatu yang berfaedah.

Contohnya, cuba resepi baru. Kalau jadi, boleh bagi family rasa. Kalau tak jadi, boleh cuba lagi. 🙂

Kalau nak mencuba buat lemang untuk dihidangkan di pagi raya nanti, boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairulaming ini

Nama yang sering disebut-sebut iaitu Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming, seorang pemuda yang terkenal di media sosial di mana dia berkongsikan resepi-resepi masakannya di platform Facebook, Instagram dan Twitter.

Lebih menarik, kesemua perkongsian masakan miliknya berjaya meraih ribuan shares termasuklah resepi Lemang Cara Instant ini yang kini memiliki hampir 10K retweets ketika artikel ini ditulis.

Perkongsian berbentuk tweet tersebut merupakan salah satu video masakan yang dikeluarkan olehnya di bawah projek 30 Hari 30 Resepi Sepanjang Puasa. Jadi, untuk hari berpuasa yang ke-29, menu menarik untuk hari ini adalah Lemang.

Resepi lemang dengan menggunakan cawan kertas

Cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ambil satu mangkuk besar beras pulut yang telah dicuci dan rendam dalam air lebih kurang satu jam
  • Potong daun pisang dan pastikan ketinggian daun pisang itu sama dengan ketinggian cawan kertas
  • Gulung daun pisang tersebut dan masukkan ke dalam cawan kertas
  • Guna setengah kotak besar santan (atau tiga kotak kecil santan), setengah cawan air, dan setengah sudu garam
  • Tapis air dari beras yang direndam dan gaulkan dengan santan supaya lebih lembut
  • Masukkan ke dalam acuan dan pastikan acuan itu penuh dengan 2/3 beras pulut dan tambah 1 layer santan di atasnya
  • Masa untuk kukus dalam masa 40 minit dan tekan-tekan guna sudu untuk lebih mampat, padat dan solid. Lepas tu tutup pengukus dan sambung kukus lagi 20 minit.
  • Lepas lemang dah sejuk, keluarkan cawan kertas dan sedia untuk dihidang

Senang bukan? Berbaloi kalau nak cuba buat. 🙂


BACA SINI: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd