Now Reading
Dr Noor Hisham & Ismail Sabri Bakal Muncul Dalam Persidangan Bersama Pada Jam 5PM Nanti

Dr Noor Hisham & Ismail Sabri Bakal Muncul Dalam Persidangan Bersama Pada Jam 5PM Nanti

Ini merupakan kali pertama buat Dr Noor Hisham dan Datuk Seri Ismail Sabri muncul dalam satu sidang media bersama sejak pandemik ini melanda negara.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pada jam 5 petang nanti akan ada sidang media bersama oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sejak wabak pandemik melanda negara, ini merupakan kali pertama buat kedua-dua pegawai kerajaan ini muncul dalam sidang media bersama.

Biasanya pengumuman dibuat pada waktu yang berbeza iaitu Ismail Sabri biasanya mengambil tempat pada waktu tengahari, sementara Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang akhbarnya pada waktu berikutnya.

Kes harian positif telah meningkat kepada ribuan kes menyebabkan pihak kerajaan membuat keputusan untuk meletakkan beberapa negeri dan daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sebelum seluruh Malaysia kini diletakkan di bawah PKP 3.0 selang beberapa hari kemudian.

BACA SINI: [TERKINI] Seluruh Malaysia Kini Berada Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan – PM

Sehingga semalam, negara ini telah mencatat 3,807 kes Covid-19 menjadikan jumlah kes aktif sekarang menjadi 37,396, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine − 1 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd