Now Reading
Rakyat Malaysia Kini Mula Kongsi Timeline #PengalamanVaksin Di Twitter

Rakyat Malaysia Kini Mula Kongsi Timeline #PengalamanVaksin Di Twitter

Lain orang, lain timeline untuk kesan sampingan ini mula ‘menyerang’. Tapi apa pun, ianya lebih membawa kebaikan daripada kemudaratan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bermula awal bulan ini, ramai yang telah berpusu-pusu mendaftar untuk divaksin selepas kerajaan membenarkan rakyat yang berada di Lembah Klang untuk menjadi sukarelawan bagi penerimaan vaksin AstraZeneca.

Oleh itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh FMT, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin, berkata program sukarela untuk vaksin AstraZeneca ini akan segera dibuka ke seluruh negara.

Kredit: Fadil Fauzi/Unsplash

Jika anda ingin mendaftar, terus ikuti saluran rasmi @Khairykj dan @JKJAVMY di Twitter untuk maklumat terkini. Anda juga boleh mendaftar di laman web rasmi program apabila slot dibuka.

Jenis vaksin & kesan sampingan yang diterima oleh rakyat yang telah disuntik

Seorang pengguna Twitter, Ad-Dien baru-baru ini telah memuat naik satu tweet di mana dia menyuruh orang ramai yang telah disuntik untuk berkongsikan pengalaman mereka. Ianya bertujuan untuk ‘educate’ segelintir rakyat yang masih ragu-ragu tentang vaksin ini.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih lebih 4,761 retweets ketika artikel ini ditulis.

Sebelum itu, ada juga yang membalas dan memberi tips sebelum pergi ke pusat vaksin untuk memudahkan kerja serta mempercepatkan lagi proses.

#PengalamanVaksin


Anda sudah menerima suntikan vaksin? Boleh kongsikan pengalaman anda di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd