Now Reading
‘Influencer’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Lepas Didakwa Scam, Berjudi, Pinjam Wang Haram & Banyak Lagi

‘Influencer’ Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Lepas Didakwa Scam, Berjudi, Pinjam Wang Haram & Banyak Lagi

YBB ‘mempertaruhkan’ hidup untuk mendapatkan wang mudah.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Influencer terkenal iaitu, Yang Bao Bei, juga dikenali sebagai YBB telah mengalami beberapa minggu yang sukar buat dirinya. Pada 17 April 2021, dia dikatakan telah mencuba untuk bunuh diri di kondominiumnya.

‘Scam’ peminat dengan beg tangan berjenama

Beberapa minggu sebelum percubaan bunuh diri, dia mula menjual beg-beg tangan berjenama miliknya di media sosial.

Dia menjual beg-beg itu kepada beberapa pembeli, mengambil deposit, dan tidak akan mengirimkan barang tersebut. Namun, penipuannya telah berjaya ‘dihidu’ oleh orang ramai dan mereka juga berjaya menghentikannya. Perkara ini sekali gus menjejaskan reputasinya.

Kredit: YBB/Facebook

Tidak lama kemudian, video berdurasi 40 minit yang bertajuk “The Real Truth About YBB” melibatkan beberapa orang yang mengaku sebagai bekas rakan perniagaan dan rakannya mendedahkan bahawa gadis berumur 27 tahun ini sebenarnya sangat banyak berhutang dengan peminjam wang (loansharks).

Kesemua mereka memaparkan video tersebut dengan harapan dapat menjelaskan situasi untuk orang-orang yang terlibat dan mangsa penipuannya. Mereka juga meminta supaya orang ramai agar lebih berhati-hati. Mereka mendakwa bahawa YBB telah menyebarkan penipuan tentang diri mereka kepada pihak ketiga dalam usaha untuk menjadikan dirinya sebagai mangsa.

Dari kiri: Charles Tee, rakan kepada influencer; Yi Yi, rakan kepada influencer; Lim Shang Jin, content creator; Chord dan Kay, bekas rakan perniagaan; Sky, rakan rapat dan bekas rakan perniagaan.
(Video ini diterbitkan semula di setiap platform influencer.)

Dalam video tersebut, mereka menunjukkan tangkapan skrin dan bukti perbualannya dengan peminjan wang, dan banyak lagi bukti lain dari telefon YBB. Ini adalah kerana YBB sendiri telah menyerahkan telefonnya kepada salah seorang dari mereka ini.

Kerana wang, dia sanggup buat semua ini

Lebih tepat lagi adalah disebabkan kekurangan wang yang ‘memaksa’ YBB berkelakuan seperti ini.

Dalam video tersebut juga, rakan-rakan rapat serta rakan dalam perniagaan air bubble tea YBB juga menjelaskan bahawa YBB kerap meminjam wang mereka dan jumlah yang diminta bukannya sedikit.

Kredit: YBB/Facebook

Selain itu, mereka juga mengemukakan tuduhan bahawa dia berniat untuk mencuri telefon dan dompet ketika berada di sebuah majlis untuk influencer. Ianya merupakan salah satu usaha untuk melakukan penipuan yang sama pada akaun influencer lain.

Yi Yi merupakan salah seorang influencer yang telah kehilangan telefon dan dompetnya pada majlis itu. Dia mendakwa bahawa YBB mengambil kad pengenalannya untuk meminjam lebih banyak wang dari ‘loansharks’. Oleh disebabkan itu, Yi Yi telah membuat laporan polis kerana identitinya dicuri.

Walau bagaimanapun, YBB tidak menyebut tentang tuduhan tersebut dalam video permintaan maafnya.

….Adakah ianya dilakukan sebab cinta?

YBB memuat naik video permintaan maafnya pada 30 April 2021. Dia mendakwa bahawa dia terjebak di dalam dunia perjudian kerana sebelum ini dia telah menghabiskan wangnya kepada bekas teman lelaki yang dikatakan lebih muda dan memiliki pendapatan yang lebih sedikit.

Yang Bao Bei meminta maaf kerana menyakiti orang terdekatnya.
(Kredit: YouTube)

Sebab nak jaga ‘reputasi’ dan gaya hidup, terpaksalah dia mengeluarkan kesemua simpanannya dan menyebabkan dia mencari wang yang lebih tanpa berputus asa.

Kali pertama berjudi, saya menggunakan RM300 untuk menang RM30,000.

YBB berkata dalam video permohonan maafnya.

Dia mendakwa bahawa ‘kemenangan’ tersebut menyebabkan dia lebih terobsesi dengan dunia perjudian dan dijadikan sebagai jalan keluar dari kesulitan kewangan.

Mempertaruhkan hidupnya

Setelah kehilangan semua wangnya, dia mengambil pinjaman dari ‘loansharks’ dengan kadar faedah lebih tinggi. Bila dia tak dapat bayar balik wang itu, lebih banyak ‘loansharks’ datang untuk menawarkan lebih banyak pinjaman untuk menampung pinjaman awalnya.

Dia mengeluarkan lebih banyak pinjaman dan terus berusaha untuk berjudi dan menang. Ketika itu, perniagaan air bubble tea miliknya telah gagal dan dia mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya telah curang dan akhirnya mereka putus.

Kredit: YouTube/YBB

Ketika ‘loansharks’ mula mengganggu keluarganya untuk meminta bayaran balik, rakan-rakannya telah membantu memberikan sedikit wang untuk menyelesaikan pinjaman tersebut. Namun, ianya tidak mencukupi. Sebab itu dia meminjam wang sekali lagi daripada rakan-rakannya untuk berjudi – dengan harapan akan menang. Malangnya, dia kalah lagi.

Pada ketika ini, dia didakwa telah mempunyai hutang perjudian sehingga RM2 juta!

Akhirnya, dia membuat keputusan menjual beg-beg berjenamanya untuk mendapatkan wang. Namun, selepas menerima banyak pertanyaan dan sambutan tentang beg tersebut, dia sekali lagi dibutakan oleh ‘nafsu’. Dia selepas itu merancang untuk menjual beg-beg itu kepada beberapa orang, mengambil deposit tanpa menghantar barang.

Walau bagaimanapun, skema ini dapat dibongkar oleh orang ramai dan dia berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara di atas sebab penipuan dalam talian. Selama ini, dia menyerahkan telefonnya kepada bekas rakan perniagaan dan rakan keluarganya, Sky. Selepas itu, Sky telah membongkar segala penipuan kepada kesemua rakan dan peminatnya.

Kredit: YBB/Facebook

Selepas dibebaskan dari penjara, reputasinya musnah dan dia tidak lagi mendapat sokongan dari sesiapa. Malah, ‘loansharks’ masih berada di pintu rumahnya. Sebab itulah dia merasa tiada jalan keluar dan memutuskan untuk bunuh diri.

Tahun ini saya telah melakukan banyak perkara buruk dan banyak pembohongan. Saya telah menyakiti orang yang saya sayangi dan semua orang di sekeliling saya. Saya sangat menyesalinya.

YBB berkata dalam video permohonan maafnya.

Dia mengakhiri video tersebut dengan mengaku setiap kesalahan yang dilakukannya dan akan memulangkan semula kesemua wang yang diambil tidak kira berapa lama masa yang diperlukan. Dia juga merayu supaya orang ramai tidak terjebak di dalam dunia perjudian kerana ianya tidak akan ada jalan keluar.

Dalam video terbarunya, YBB menujukkan bukti resit bagi kesemua pengembalian wang pertama yang telah dibuat olehnya kepada mereka yang telah membayar deposit untuk pembelian barang miliknya
(Kredit: YouTube / YBB)

Sementara itu, jika anda menghadapi masalah, hubungi Befrienders di talian:
Telefon: +60376272929
E-mel: sam@befrienders.org.my
Tersedia 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd