Now Reading
“Lebih Mulia Daripada 1,000 Bulan” – Baca Doa Ini Untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar

“Lebih Mulia Daripada 1,000 Bulan” – Baca Doa Ini Untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar

Semoga kita semua dapat dijodohkan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini. Amin YRA.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pejam celik, dah hampir sampai ke penghujung bulan Ramadan. Dengan saki-baki kurang daripada 10 hari sahaja lagi untuk umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh mulia ini.

Menginjak ke beberapa malam terakhir bulan Ramadan, rata-rata umat Islam pasti akan menunggu dan berkejar-kejar dalam meningkatkan amalan ibadah dengan tujuan bertemunya dengan malam yang penuh keberkatan iaitu, malam Lailatul Qadar.

Apa itu malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar merupakan merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.

Surah al-Qadr ayat 1 – 3 menyebut:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda: Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para-para Ulama juga bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadan – bersandarkan kepada hadith Rasulullah SAW

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Namun untuk berlakunya malam Lailatul Qadar itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Ini merupakan doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Bacaan latin: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwan fa’fu ‘anni

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemaaf dan Pemurah, maka maafkanlah diriku.

Semoga kita semua dapat dijodohkan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini. Amin YRA.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd