Now Reading
Cuti Untuk Terima Vaksinasi Covid-19? Malaysia Dah Luluskan Pada April 2021 (Tapi…)

Cuti Untuk Terima Vaksinasi Covid-19? Malaysia Dah Luluskan Pada April 2021 (Tapi…)

Menteri, MEF dan MTUC bersetuju bahawa cuti mesti diberikan untuk mendapatkan suntikan vaksin, sama ada cuti ini dibayar atau tidak – ianya adalah masalah lain.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa penduduk di Lembah Klang kini sudah mendaftar untuk pengambilan vaksinasi AstraZeneca Covid-19 pada bulan Mei ini. Namu begitu, antara soalan yang dilontarkan adalah: “Adakah saya akan mendapat cuti untuk mengambil vaksin?”

Ternyata, Malaysia sebenarnya telah meluluskan cuti vaksinasi Covid-19 pada April 2021.

Pada awal April, Kementerian Sumber Manusia memberi lampu hijau kepada majikan untuk memberi pekerja mereka cuti untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Kredit: mediaMB Terengganu via KKM

Tapi, ada syaratnya

Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengatakan, ini bergantung kepada majikan untuk memberikan cuti kerana “kerajaan tidak dapat mengisytiharkan cuti khas kerana tidak dilakukan pada hari yang sama.”

Sejurus selepas pengumumannya, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman JP mengeluarkan kenyataan yang menggesa majikan sektor swasta agar memberi cuti kepada pekerja untuk diinokulasi.

Namun, dia juga menekankan bahawa cuti bergaji untuk vaksinasi harus mengikut budi bicara pihak majikan, dengan alasan bahawa satu hari cuti berbayar akan menelan belanja majikan sektor swasta di Malaysia sejumlah kira-kira RM904 juta.

MEF ingin memberi cadangan kepada kerajaan untuk mengizinkan majikan menghantar pekerjanya ke pusat vaksinasi secara berkumpulan untuk memudahkan pengaturan pengangkutan dan logistik lain.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman JP menerusi HR Resources Online.
Kredit: jcomp/Freepik

Akan tetapi, perlu diketahui bahawa sebilangan besar kelompok Covid-19 Malaysia kini berasal dari jangkitan di tempat kerja dan juga sektor pendidikan.

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) juga berpendapat bahawa cuti berbayar untuk menjalani vaksinasi Covid-19 harus diwajibkan bagi pekerja di empat sektor teras:

  1. pembuatan
  2. automotif
  3. perkhidmatan
  4. pembinaan

Pemangku presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani memberitahu New Straits Times bahawa walaupun cuti berbayar akan membebankan majikan, pekerja yang tidak sihat akan membebankan syarikat lebih daripada itu.

Bagaimanapun, dia berpendapat, keempat-empat sektor teras ini memainkan peranan besar dalam ekonomi.

Setelah mereka diberi vaksin, ini akan membolehkan syarikat-syarikat ini bekerja dengan sepenuhnya, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti syarikat dan pekerjanya.

Pemangku presiden Malaysian Trades Union Congress (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani kepada NST.

Adakah ianya telah diputuskan?

Kredit: Unsplash & Malay Mail

Menteri Sains, Inovasi & Teknologi, Khairy Jamaluddin telah mengatakan bahawa dia akan mengemukakan perkara itu kepada Kementerian Sumber Manusia pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Pada masa kini, Khairy meyakinkan bahawa: “Majikan tidak boleh menghalang pekerja dari memenuhi temujanji vaksinasi mereka.”

Kesimpulannya, bolehkah anda mengambil cuti vaksinasi Covid-19? Jawapan pada masa sekarang adalah: “Ya, tetapi terserah kepada pihak atasan anda sama ada mereka akan memotongnya dari gaji anda atau tidak.”


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd