Now Reading
Khairulaming Tuntut 3 Perkara Lepas Reseller SambalNyet Palsu Tampil Akui Salah & Minta Maaf

Khairulaming Tuntut 3 Perkara Lepas Reseller SambalNyet Palsu Tampil Akui Salah & Minta Maaf

Reseller tersebut telah diminta menyelesaikan tiga tuntutan oleh pihak Khairulaming di atas perbuatannya ini.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini Khairulaming ada memuat naik satu perkongsian di laman Twitter miliknya di mana dia menyuarakan tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak yang didakwa telah menjual produk Sambal Nyet yang palsu.

Tapi kalau korang tengok packaging sambal palsu tu, memang sebijik dengan yang asli. Cumanya, kalau dibandingkan sebelah-sebelah, warna sambalnya amat berbeza.

Kredit: Twitter/Khairulaming

Nampak tak berbezaannya?

Maklumat pesalah didedahkan melalui akaun Twitter Khairulaming sendiri

Khairulaming berasa tidak puas hati dengan tindakan reseller Sambal Nyet palsu ini lalu membuat keputusan untuk mendedahkan pesalah melalui satu perkongsian yang berupa rangkaian tweets.

Perkara ini dilakukan olehnya bertujuan untuk memberitahu pesalah supaya tampil dan membuat pengakuan atas perbuatan yang tidak wajar ini.

Perkongsian tersebut juga telah berjaya meraih lebih 50K retweets ketika artikel ini ditulis.

Akhirnya, selepas dua hari (#thepowerofsocialmedia) – pesalah yang menjual Sambal Nyet palsu tersebut tampil berjumpa dengan Khairulaming untuk membuat pengakuan salah serta meminta maaf. Wanita tersebut juga dikatakan amat menyesali perbuatannya itu dan menangis.

Namun, ada tiga tuntutan yang diminta oleh pihak Khairulaming, iaitu:

  1. Bayar pampasan tunai
  2. Permohonan maaf secara terbuka
  3. Pengakuan salah di balai polis

Malah, akaun Shopee pesalah juga telah dibuang oleh Shopee walaupun setelah ditukar kepada nama lain.

Khairulaming berharap supaya perkara ini dijadikan sebagai pengajaran buat semua supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.


BACA SINI: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!


View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 − two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd