Now Reading
dUCk Lancar Koleksi “Ready-to-Wear” Pertama Sempena Raya & Hulur Sumbangan Amal Sebanyak RM 100,000

dUCk Lancar Koleksi “Ready-to-Wear” Pertama Sempena Raya & Hulur Sumbangan Amal Sebanyak RM 100,000

Skarf dUCk boleh didapati dalam dua reka corak yang diilhamkan oleh anyaman rotan dan bunga kertas. Malah, ianya diperbuat daripada sutera satin bermutu tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Kumpulan dUCk telah melancarkan koleksi Raya terbesarnya hari ini bertema The Rattan dUCk – koleksi yang pasti menambat hati.

Corak cetakan, yang diilhamkan oleh kerusi rotan dan bunga kertas yang mekar di laman rumah kampung semasa Raya, memberikan sentuhan moden kepada gaya antik.  Rangkaian produk dalam koleksi ini termasuk skarf, telekung, beg, aksesori, pelitup muka dan pakaian sedia untuk dipakai (RTW).

Kredit: Malay News
dUCk Khatijah
Kredit: Malay News

Malah, koleksi ini buat pertama kalinya mengetengahkan 8 pakaian RTW yang direka khas untuk menyerlahkan penampilan.

Pakaian RTW hanya boleh didapati di butik dUCK KL East Mall. Manakala produk lain dalam koleksi boleh didapati di dalam talian di website dan di butik-butik FashionValet atau dUCk mulai hari ini.

Koleksi Raya ini diilhamkan oleh opah tersayang yang sentiasa disifatkan sebagai watak utama pada hari perayaan

Opahlah yang bekerja keras tanpa mengenal penat untuk memastikan persiapan perayaan untuk seisi keluarga tiada kekurangan. Tahun ini, dUCk ingin mengingatkan pelanggan tentang akar umbi mereka, mengimbau kenangan manis Hari Raya pada tahun-tahun yang lalu dan menghidupkan kenangan indah baharu bersama keluarga menerusi koleksi yang menggamit nostalgia ini.

Vivy Yusof, Pengasas Bersama FashionValet dan Kumpulan dUCk.
Kredit: SKALE

“Ternyata inilah Raya paling bermakna bagi kami di dUCk. Walaupun amat mencabar untuk mereka cipta set lengkap seperti ini, usahanya memang berbaloi! Inilah koleksi paling besar bagi kami yang meliputi pelbagai kategori, dan kami sepasukan banyak belajar daripada pengalaman ini.  Koleksi ini merupakan impian besar kami, dan kami mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkannya – daripada mempelajari teknik pembuatan rotan, proses mereka cipta teliti yang digunakan dan membeli bahan rotan terbaik bagi beg-beg kami.

“Setiap rekaan dilukis dengan tangan, dan masa yang diluangkan dan kerja yang dilaksanakan hanya dapat disempurnakan kerana minat dan kesungguhan pasukan saya. Kisah di sebalik koleksi ini amat bermakna, kerana saya mempunyai hubungan istimewa dengan arwah opah saya, dan ini membuatkan saya lebih merindui mereka. Saya berbangga untuk melihat koleksi ini dizahirkan dan ingin berkongsi detik indah ini dengan semua orang.

Tahun ini nyata lebih istimewa kerana dUCk akan menyumbang RM 100,000 kepada rumah orang tua di seluruh Malaysia, dengan harapan sumbangan kami ini dapat menceriakan kehidupan mereka. Sumbangan ini hanya dapat dilakukan daripada berkat sokongan dan kesetiaan dUCkies kami,” kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama FashionValet dan Kumpulan dUCk.

Ikuti laman Instagram dUCk Instagram @theduckgroup untuk maklumat terkini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd