Now Reading
Tak Mampu Bayar Kompaun RM50K, Pemilik Kedai Runcit Minta Diambil Kedainya Sebagai ‘Ganti’

Tak Mampu Bayar Kompaun RM50K, Pemilik Kedai Runcit Minta Diambil Kedainya Sebagai ‘Ganti’

Tambahnya lagi, sewa rumah yang didiami juga telah tertunggak selama tujuh bulan, selain sebuah kereta telah ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Seorang pemilik kedai runcit, Mansah Marjurin, 47, merupakan salah seorang daripada tiga peniaga yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 di Kelantan pada Ahad lalu meluahkan rasa terkilannya selepas dikatakan tidak mampu untuk membayar saman kompaun yang diterima.

Menurut laporan, dia kononnya dituduh atas kesalahan beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri tersebut.

Namun begitu, jumlah kompaun yang diterima olehnya adalah sangat tinggi dan dia menjelaskan tidak mampu untuk melangsaikannya. Oleh itu, dia meminta pihak berkuasa untuk mengambil kedai runcitnya dan dijadikan sebagai ‘ganti’.

Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000.

Mansah Marjurin, pemilik kedai runcit.

Tambahnya lagi, sewa rumah yang didiami juga telah tertunggak selama tujuh bulan, selain sebuah kereta telah ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Didatangi empat orang anggota polis kira-kira jam 11:40 malam di kedai runcit miliknya

Dia menceritakan kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.40 malam itu ketika didatangi empat anggota polis dan dia turut menjelaskan bahawa premis kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai. Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

Mansah Marjurin, pemilik kedai runcit.

Malah, dia juga ada menunjukkan pintu gril yang ditutup namun pihak polis terus memberikannya saman kompaun dengan jumlah RM50,000.

Terkejut dan buntu bila melihat jumlah saman kompaun yang dikenakan

Tidak dinafikan, malam itu dia meluahkan rasa buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia juga masih belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih terkejut.

Dia berharap agak ada pihak yang akan tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang turut dikenakan jumlah kompaun yang sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di Kelantan, Ahad lalu. Malah, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd