Now Reading
Neelofa Cetus Kemarahan Warganet, Ini Penjelasan Sebenar Dari Pihaknya

Neelofa Cetus Kemarahan Warganet, Ini Penjelasan Sebenar Dari Pihaknya

Neelofa dikatakan telah menafikan dakwaan warganet tentang niatnya untuk menyindir isu burger yang kini hangat di media sosial.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Beberapa hari ini, nama selebriti terkenal iaitu Neelofa telah hangat menjadi perbualan warganet. Kalau scroll media sosial, memang penuh dibanjiri dengan isu Neelofa, kompaun, Neelofa, SOP, Neelofa, dan…

Abang Burger.

Kredit: The News Malaysia

Ya, abang burger juga salah satu topik yang masih hangat diperbualkan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang membuat keputusan untuk mengenakan kompaun yang sangat tinggi iaitu RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Isu tersebut juga telah dikaitkan dengan isu Neelofa, suami dan ahli keluarganya yang juga dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa setelah dikatakan melanggar SOP pada hari perkahwinannya baru-baru ini.

BACA SINI: Neelofa Compounded RM20K Over Wedding SOP Fail, Whole Fiasco Cost Family RM60K

Namun begitu, jumlah saman kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa, suami dan ahli keluarganya hanyalah RM10,000 beza dengan saman kompaun yang dikenakan terhadap Abang Burger.

Kredit: Free Malaysia Today

Oleh disebabkan itu, warganet berasa tidak puas hati dan turut melontarkan pendapat serta rasa tidak senang dengan perkara ini.

Keadaan menjadi semakin keruh selepas IG Story yang dimuat naik oleh Neelofa

Satu perkongsian di laman Facebook oleh Najib Saahari dikatakan jelas menunjukkan ‘time-frame’ ketika posting IG Story Neelofa dimuat naik.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Neelofa selepas itu menjelaskan niat sebenar di sebalik gambar burger yang diambil dari Google itu melalui satu perkongsian di laman Facebook miliknya. Ianya dimuat naik selepas dirinya sedar bahawa perbuatannya telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan jumlah kompaun yang dikenakan oleh Abang Burger tersebut.

Wallahu Aalam. Tiada siapa tahu niat sebenar Neelofa, jadi bulan puasa ini bolehlah kita sama-sama bersangka baik. OK? 🙂


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd