Now Reading
Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya

Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya

Patutlah masa tengok orang akad nikah, si suami akan letak tangan atas kepala si isteri.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Mungkin segelintir daripada kita semua masih belum mengetahui apa sebenarnya amalan yang paling baik serta bertepatan mengikut sunnah semasa majlis akad nikah?

Antara soalan yang sering dilontarkan adalah, apakah betul amalan yang dibuat oleh masyarakat di Malaysia iaitu para suami meletakkan tangan di atas kepala pengantin perempuan selepas akad nikah?

Berikut merupakan jawapan dan hukum sebenar amalan tersebut:

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Berita Harian)

Amalan meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri (bahagian hadapan kepalanya) yang baru dinikahi adalah sunat. Amalan itu dilakukan oleh para suami dan disertai dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ

مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Yang membawa maksud:

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.

Antara amalan lain pula adalah Solat Sunat Pengantin yang juga digalakkan untuk melakukannya. Berdasarkan amalan para sahabat Nabi, adab solat sunat ini dilaksanakan di tempat tertutup supaya terjaga aurat isteri. Manakala, upacara membatalkan air sembahyang bukanlah tuntutan syarak melainkan hanyalah adat semata-mata.


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd