Now Reading
30 Sekolah Lagi Telah Ditutup Di Selangor Hari Ini Termasuk Klang, Gombak, Petaling & Banyak Lagi

30 Sekolah Lagi Telah Ditutup Di Selangor Hari Ini Termasuk Klang, Gombak, Petaling & Banyak Lagi

Walaupun sekolah-sekolah terlibat diarahkan tutup dalam tempoh tertentu, pembelajaran secara online akan diteruskan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Jumlah penutupan sekolah di kawasan Selangor yang diarahkan tutup pada hari ini akibat penularan Covid-19 dikatakan semakin meningkat saban hari. Kali ini, jumlah sekolah yang diperintahkan tutup adalah 30 buah sekolah.

Menurut laporan Malaysiakini, Jabatan Pelajaran Selangor telah menghantar surat pekeliling kepada 30 guru besar dan pengetua sekolah rendah serta menengah yang memerintahkan penutupan selama dua hari iaitu pada 28 & 29 April untuk pengesanan kontak rapat dan proses sanitasi.

Penutupan ini bertujuan untuk menyaring kontak rapat dan penilaian risiko oleh jabatan kesihatan daerah.

Jabatan Pelajaran Selangor, melalui Malaysiakini.

Walaupun surat pekeliling tersebut hanya memerintahkan penutupan dua hari, jabatan pendidikan negeri menetapkan bahawa sekolah-sekolah harus memeriksa dengan pegawai kesihatan daerah jika sekolah tersebut perlu memperpanjangkan lagi tempoh penutupan sekolah.

Sementara itu, pembelajaran harus dilakukan secara dalam talian.

Berikut merupakan senarai sekolah yang diarahkan tutup akibat penularan kes Covid-19:

Klang

  • SJKC Perempuan
  • SJKC Tshing Nian
  • SJKC Ying Wah
  • SMK Tengku Ampuan Jemaah
  • SK Klang

Kuala Selangor

  • SMK Raja Muda Musa
  • SJKC Chung Wah
  • SK Sungai Burung

Sepang

  • SMK Putra Perdana
  • SMK Cyberjaya
  • SK Sungai Rawang

Petaling Perdana

  • SMK Bandar Puchong Jaya A
  • SK Setia Alam
  • SJKC Shin Cheng (Harcroft)
  • SMK Puchong Perdana
  • SK Pusat Bandar Puchong 2
  • SMK Seri Kembangan
  • SJKC Yak Chee

Gombak

  • SK Sg Pelong
  • SK Hulu Klang

Petaling Utama

  • SJKC Damansara
  • SJKC Sungai Buloh
  • SMK Kelana Jaya

Hulu Langat

  • SK Sungai Ramal Dalam
  • SK Bukit Raya
  • SK Dusung Nanding
  • SJKC Batu Sebelas
  • SJKT Ladang Rinching
  • SK Desa Baiduri
  • SK Bandar Baru Bangi

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd