Now Reading
[TERKINI] Pihak Berkuasa Bintulu Telah Berjaya Mengesan 100 Individu Positif Covid-19 Yang ‘Hilang’

[TERKINI] Pihak Berkuasa Bintulu Telah Berjaya Mengesan 100 Individu Positif Covid-19 Yang ‘Hilang’

Pihak Jabatan Kesihatan juga akan menghubungi individu berkenaan sama ada melalui telefon, menghubungi ahli keluarga atau mengesan individu tersebut berdasarkan alamat yang diberikan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pihak berkuasa kini telah berjaya mengesan lebih 100 individu positif Covid-19 di Bintulu yang pada awalnya didakwa tidak dapat dikesan, kata Dr Chin Zin Hing, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak.

BACA SINI: KKM Gagal Kesan Lebih 100 Individu Positif Covid-19 Gara-gara Beri Alamat Palsu Di Sarawak

Dr Chin menjelaskan bahawa walaupun pihak mereka sedang dalam proses untuk menghubungi dan mengesan individu-individu ini bermula antara 12 hingga 21 April, proses tersebut kini telah selesai dilakukan.

Jabatan Kesihatan Sarawak ingin memberitahu bahawa kesemua individu ini telah berjaya dikesan.

Dr Chin Zin Hing, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak.

Menurutnya, individu yang terlibat dalam inisiatif Active Case Detection (ACD) digesa untuk menunjukkan nombor IC, nombor pasport atau rujukan klinik masing-masing bagi tujuan pendaftaran maklumat peribadi mereka.

Dia turut menambah, pihak Jabatan Kesihatan juga akan menghubungi individu berkenaan sama ada melalui telefon, menghubungi ahli keluarga atau mengesan individu tersebut berdasarkan alamat yang diberikan.

Dia meminta setiap individu di Sarawak memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu membendung penyebaran Covid-19 ini.


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd